Jika Muzik-Muzik sudah membuka tirainya, maka itu adalah satu petanda bahawa Anugerah Juara Lagu (AJL) akan menyusul tak lama lagi.
Semalam berlangsungnya majlis cabutan undi untuk 30 buah lagu yang akan berentap di minggu pertama (11 November), kedua (18 November) dan ketiga (25 November). Turut sama dijemput untuk mengadakan persembahan ialah artis seperti Salam serta Altimet dan DJ Fuzz, Meet Uncle Hussain, Fida Ibrahim, dan juga Datuk AC Mizal.
Untuk separuh akhir pertama dan kedua, Muzik-Muzik akan berlangsung setiap hari Ahad pada jam 9 malam – 10.30 malam manakala separuh akhir ketiga pula akan berlangsung pada jam 10 malam. Dari 30 buah lagu, hanya 12 yang akan dipilih untuk berentap di Anugerah Juara Lagu ke-27. Untuk kali ini, Chad & Faiz menggantikan Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai hos Muzik-Muzik.
Berikut merupakan lagu-lagu yang akan ke separuh akhir 1,2 & 3.
• 11 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 1
Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad
Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K
Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim
Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal
• 18 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 2
Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin