berita

Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 34, Yang Mana Favourite Korang?

November 8th, 2019 | by Arini Saleh
Shout Out!

Anugerah Juara Lagu merupakan salah satu platform untuk pengkarya mempersembahkan hasil seni masing-masing. Lirik dan melodi sesebuah lagu akan dinilai oleh juri profesional bagi melayakkan lagu muncul sebagai Juara Lagu.

Tetapi sebelum itu, 30 buah lagu akan dipertandingkan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34 (SFMM34) bagi melayakkan 12 tempat di Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung Januari akan datang. Jika tahun lepas Haram dendangan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah muncul juara, tahun ini siapa pula?

Lagu yang layak

Pusingan separuh akhir ini akan berlangsung selama tiga minggu berturut-turut bermula pada 15, 22 dan 29 November 2019. Pada tahun ini dapat kita saksikan kebangkitan semula penyanyi-penyanyi lama dan penampilan penyanyi baru yang tidak kurang hebatnya. Antara yang bertanding adalah:

Minggu pertama (15 November 2019)

Drama – Drama Band
Paku – Ara Johari
Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
Tiada Dirimu – Shila Amzah
Mencuba – Sufian Suhaimi
123 – Khai Bahar
Satukan Rasa – Siti Nordiana & Khai Bahar
Terlalu Memuja – Wany Hasrita
Bidadari – Ismail Izani
Aku Yang Bersalah – Ucop
Kepuraanmu – Luqman Faiz

Anta Permana pun!

Minggu kedua (22 November 2019)

Anta Permana – Dato Sri Siti Nurhaliza
Rampas – Akim & Majistret
Pujaan Hati – Adira
Sumpah – Naim Daniel
Ku Bersuara – Ernie Zakri
Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Teguh Setia – Muna Syahirah
Regamanmu – Faizal Tahir
Pedih – Sarah Suhairi
Bekas Kekasih – Tomok
Lembah Kesepian – Haqiem Rusly

Nana & Khai Bahar ungguli separuh akhir

Dinda – Kugiran Masdo
Peneman – Hazama The Penglipurlara
Bimbang – Marsha
Tetap Kamu – Amylea x Megat
Pudar – Indah Ruhaila
Sumpah – Aina Abdul
Bangun – Aman Ra
Jutaan Purnama – Datin Alyah

Jangan lupa saksikan

Wah semua hebat-hebat belaka! Tahniah kepada 30 lagu yang layak. Difahamkan Dato Sri Siti Nurhaliza tidak akan menyanyikan lagu Anta Permana dan akan digantikan dengan penyanyi lain. Setakat ini, siapakah calon yang layak masih belum ditentukan. Apa-apa pun sama-samalah kita saksikan di pentas separuh akhir nanti. Jangan lupa tonton secara langsung di kaca TV dan online di Youtube TV3Malaysia Official.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×