berita

Senarai Pekerjaan Tiada Masa Depan Bakal Diedar Ke Sekolah – M Kulasegaran

November 20th, 2019 | by faris
Kini Trending

Setelah berada di bangku sekolah selama 11 tahun, sekurangnya 3 tahun di institusi pengajian tinggi, ada dalam kalangan kita yang berdepan dengan kesukaran mendapatkan peluang kerja.

Untuk mengekang masalah itu di masa depan, kerajaan bakal memperkenalkan inisiatif membekalkan senarai pekerjaan berisiko kepada pihak sekolah.

Bakal diedarkan selewatnya Disember ini

Menurut laporan portal Free Malaysia Today, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata senarai berkenaan akan memberi panduan kepada pelajar mengelak memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan.

Saya telah bercakap dengan lebih 400 guru dan majoriti mereka keliru tentang realiti semasa berkenaan bidang pekerjaan yang mungkin tidak lagi relevan atau wujud dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang.

Sebab itu kementerian bersedia dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan kritikal pada masa depan untuk diedarkan kepada semua sekolah selewat-lewatnya akhir Disember ini.

Beri panduan pada ibu bapa, murid

Disoal pekerjaan apakah yang berada di dalam senarai berkenaan, Kula Segaran memaklumkan pekerjaan tersenarai mungkin tidak begitu dikenali namun memberi pulangan lumayan kepada mereka yang menceburinya.

Ledakan IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0), memungkinkan 30% pekerjaan sedia ada ketika ini tidak lagi relevan pada masa akan datang, bermakna pelajar dan ibu bapa perlu diberi panduan agar lebih bersedia menghadapinya.

Senarai berdasarkan pandangan 4 entiti

Tambah Kula Segaran lagi, bidang pekerjaan yang disenaraikan disediakan dengan kolaborasi Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Iimia) serta Talent Corp.

Ujarnya, pandangan daripada empat entiti berkaitan bidang pekerjaan tersebut diambil sebagai panduan dan kemudiannya diolah mengikut keadaan semasa di negara ini sebelum diedarkan.

Sumber: Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×