berita

Hafiz Suip Terus Mara Ke AJL28

November 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Hafiz -5

Selama empat tahun berturut-turut sejak tahun 2009, bintang yang lahir dari program realiti TV Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip meneruskan perjuangannya dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Pada tahun ini, Hafiz layak mara ke AJL28 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku yang turut dimuatkan dalam album terbarunya berjudul Luahan Hati Anak Seni.

Selain daripada Hafiz, beberapa penyanyi ternama seperti Alyah, Hazama, Jaclyn Victor dan ramai lagi turut berjaya melangkah ke pertandingan yang mempertaruhkan kehebatan lagu dan pemuzik tempatan.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28-20

Satu daripada dua lagu Alyah layak ke AJL28

Bagi anda yang terlepas menonton tayangan peringkat akhir semalam, di sini OHBULAN! sediakan senarai nama penyanyi dan lagu yang bakal dipersembahkan pada AJL28 nanti.

1. Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip

2. Penglipurlara – Hazama & The Penglipurlara

3. Takkan Terpisah – Black

4. Kalau Aku Kaya – Awi Rafael & Altimet

5. Kau Yang Terindah – Alyah

6. Sahabat – Najwa Latif feat. Sleeq & Shamkamarul

7. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter

8. Hanya Aku – Hyper Act

9. Aku Pelat – Salam Musik

10. In Love With You – Aizat Amdan & Noh

11. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor

12. Bosan – Stacy

SKIP THIS AD ×