berita

‘Sendirian Lebih Baik Daripada Bersama Orang Yang Salah’ – Fasha Sandha

September 12th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa pelakon Fasha Sandha pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal iaitu Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila mereka berpisah pada 20 Januari 2016.

Menerusi Instagram Fasha, dia berkongsi perasaan dan pengalamanya bergelar seorang ibu tunggal. Pada masa yang sama, dia turut menasihatkan para wanita agar menjadi seorang yang kuat andai mempunyai nasib yang sama sepertinya.

Kena mempunyai kerjaya dan simpanan

View this post on Instagram

Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, Hari pertama kami hidup bertiga 😊 Ramai kata, Fasha,wanita besi. Eh, sejujurnya not all the time jadi besi..there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk) Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers.Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,… teruskan buat apa yg kita suka. Tak semua orang suka kita happy, Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah. Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title. Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu…Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah..Insyaallah. Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa i boleh buat taktau je dan tak layan . Ada masa, perlu lawan , kena lawan. 😁Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.💖EX iSMC(independent single mom club) 📸 @pinography

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Menurut Fasha, sebagai seorang wanita yang bergelar ibu tunggal, perasaan lemah tidak perlu ditunjuk kerana pasti ada sahaja manusia yang ingin mengambil kesempatan. Tambahnya, jangan takut untuk hidup bersendirian andai masing-masing tidak berjaya untuk memulihkan keadaan rumah tangga. Paling penting, selepas bergelar ibu tunggal, seseorang wanita itu perlu kuat dan bekerjaya demi membesarkan anak-anak dan bersedia untuk masa hadapan. Akhir sekali, dia turut memberitahu bahawa setiap kepahitan yang berlaku pasti ada kemanisan di akhirnya.

Melalui posting itu juga, Fasha bersyukur Allah memberi peluang kedua buat dirinya untuk menerima pasangan baru iaitu Aidil Aziz. Dia berharap jodoh keduanya ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 March lalu.

Semangat baca perkongsian ni

Rata-rata netizen kagum dengan semangat Fasha semasa bergelar ibu tunggal. Menurut netizen, perkongsian pelakon tersebut sangat memberi inspirasi dan kekuatan buat para wanita tidak kira sudah berkawhin mahupun sebaliknya.

Sumber: Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.