Semalam, telah berlangsungnya pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim 7 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kesemua tujuh bintang yang beraksi berjaya menempatkan diri di pentas akhir program tersebut pada minggu ini.
Namun begitu, pengarah dan penerbit tanah air iaitu Michael Ang didakwa meluahkan pandangan tidak puas hati mengenai persembahan Noraniza Idris pada malam separuh akhir tersebut. Pandangan yang disuarakan itu ternyata mendapat perhatian netizen termasuk penyanyi lagu ‘Dikir Puteri’ itu sendiri.
Sengau semacam saja
Di Twitter, Michael Ang didakwa meluahkan pandangannya mengenai persembahan lagu Hindustan yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris ketika persembahan separuh akhir Gegar Vaganza. Menurut Michael Ang, lagu tersebut telah dipercayai dibunuh kejam oleh penyanyi irama Malaysia itu. Michael Ang juga berharap pihak juri memberikan markah yang sewajarnya.
Please have Syafinaz as final juri
Pada masa yang sama, Michael Ang didakwa membuat ramalan bahawa Ashira dan Cliff akan menjadi mangsa penyingkiran seandainya Noraniza Idris mara ke pusingan akhir.
Ada hajat besar
Menerusi Facebook Akar Kita Zapin, penyanyi itu dipercayai memuat naik satu posting di mana dia ingin berdepan dengan pengarah tanah air tersebut selepas tamat Gegar Vaganza. Dalam posting tersebut juga, Kak Ani didakwa meluahkan perasaan tidak sabar.
Sumber: Michael Ang & Akar Kita Zapin