berita

Senheng App Perkenal Platform Pesan Makanan S-FOOD, Tawar Cashback Sehingga 20% & Hadiah Lumayan!

November 15th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kalau sebut tentang Senheng, mesti dah terbayang kedai barangan rumah dan peralatan elektrik yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Tapi, sekarang korang dah boleh order makanan melalui Senheng tau. Wow!

Haa..untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Senheng telah melancarkan sebuah platform servis penghantaran makanan iaitu S-FOOD.

Yang bestnya, kalau korang merupakan ahli PlusOne, korang boleh pesan makanan dari pelbagai restoran dengan cashback S-Coin yang lumayan. Bestnya!

Nak tahu banyak lagi tentang S-FOOD? Jom kami kongsikan!

Kalau korang merupakan pelanggan setia Senheng, mesti korang dah tak asing lagi dengan Senheng App kan?

Aplikasi Senheng ni terdiri daripada 16 produk dan perkhidmatan gaya hidup yang menggabungkan S-Coin Reward System, S-Rewards Centre, S-Pay, S-Finance, S-Game, Pembaikan dan Perkhidmatan, Refurbished Centre, Home Fix, Senheng in-app store, dan banyak lagi!

Senheng juga telah menambah baik aplikasi ni dengan ciri-ciri baharu seperti Home Fix, Mobile Reloads and Ticketing dan juga servis pesanan makanan S-FOOD!

Pesan makanan dengan S-FOOD & nikmati cashback S-Coin sehingga 20%!

Kalau korang nak tahu, cashback S-Coin ni adalah sistem ganjaran yang diperoleh ahli PlusOne dengan kebanyakan daripada pembelian produk atau perkhidmatan gaya hidup yang layak dalam Senheng App.

Lebih menarik, dengan setiap pesanan makanan yang lengkap di S-FOOD, ahli PlusOne layak untuk mendapatkan cashback S-Coin sehingga 20% tau! Korang boleh tebus S-Coin di mana-mana cawangan Senheng atau senQ di seluruh negara.

S-FOOD juga menawarkan pelbagai kaedah pembayaran dan pilihan untuk pelanggan bagi pesanan makanan mereka seperti servis penghantaran, pick-up, Pandu Lalu dan penghantaran tanpa sentuh.

Nak menang Smart TV Samsung? Jom join kempen “S-FOOD je!” ni..

Macam mana nak menang? Ikuti langkah-langkah mudah kat bawah ni:

1. Pesan makanan melalui S-FOOD di Senheng App. (Setiap pesanan mewakili SATU penyertaan)

2. Follow @senhengapp di Facebook dan Instagram.

3. Like post Kempen S-FOOD je! di Facebook dan Instagram (post pada 1 November 2021) dan tag TIGA orang kawan korang di ruangan komen.

4. Kongsikan gambar makanan yang korang pesan melalui S-FOOD di akaun Facebook/Instagram dan sertakan kapsyen dengan hashtag #SFOODie serta tag @senhengapp.

5. Selesaikan langkah-langkah di atas sebelum waktu tutup untuk layak menyertai cabutan bertuah mingguan (11.59 malam 7/14/21/30 Nov 2021). Muatan naik media sosial yang terlepas waktu tutup akan dimasukkan ke cabutan bertuah minggu berikutnya.

6. SATU (1) ahli PlusOne yang bertuah akan dipilih secara rawak sebagai pemenang. Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang korang untuk memenangi Samsung 43” Smart UHD TV bernilai RM1,999.00 pada minggu tersebut! Satu ahli PlusOne hanya boleh memenangi SATU (1) hadiah sepanjang tempoh kempen.

Tarikh tutup cabutan bertuah: 30 November 2021

Spend & Win S-Coin

Eh..ada lagi! bagi Ahli PlusOne, korang juga jangan ketinggalan untuk sertai peraduan Spend & Win S-Coin dari 1 September hingga 30 November 2021 ini dan rebut peluang untuk memenangi sehingga 33,300 S-Coin (bernilai RM333).

Jadi, apa tunggu lagi, jomlah jadi ahli PlusOne sekarang dan nikmati pelbagai kelebihan Senheng App. Korang boleh muat turun aplikasi ini di App Store, Google Play dan Huawei AppGallery. Siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah dan bakal bawa pulang hadiah-hadiah lumayan ni!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Facebook dan Instagram Senheng untuk sebarang updates terkini.

SKIP THIS AD ×