Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberi cadangan agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyediakan formula dan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan bertanggungjawab berkaitan isu-isu di media sosial.
Jalinan kerjasama strategik
Menurut Zed Zaidi, tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap ‘content’ media sosial dan digital yang tidak dikawal atau ditapis hanya boleh dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Bagi Seniman pula dengan perkara-perkara yang ada pada hari ini melalui aduan, akan membawa satu usul yang terbaik agar di peringkat Finas boleh menyediakan formula dan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan terbabit seperti SKMM untuk menangani masalah ini.
Seniman adalah persatuan yang boleh mengangkat isu ini melalui Finas yang akan memikirkan formula untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan kerjasama SKMM supaya satu garis panduan boleh dibuat dan menjadi rujukan kepada industri seni.
Tambah Zed Zaidi, memang sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menghubungkan satu jalinan kerjasama strategik bersama badan-badan kerajaan terbabit dengan industri.
Jalinan kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada Finas supaya apabila nak buat satu prosedur atau garis panduan ia akan merangkumi semua kerana sebelum ini pun Finas tidak ada kerjasama strategik. Tetapi, hanya ‘one off’ saja dengan badan-badan tertentu yang berkaitan.
Sumber: Harian Metro