Berkongsi rezeki merupakan cara yang terhebat untuk mencari keberkatan dalam rezeki yang kita ada bersama mereka yang memerlukan.
Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga ini.” (Riwayat Ahmad)
Sebenarnya macam-macam cara yang kita boleh lakukan agar rezeki yang kita ada dapat dikongsi bersama orang lain tau.
Korang tau tak macam mana?
Cara mudah bahagiakan anak yatim!
Banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memuliakan anak yatim dan telahpun diajarkan secara jelas dalam semua agama.
Mungkin saat kita merasai belaian dari mak ayah kita, ada di antara mereka di luar sana tidak berpeluang merasai kesempatan ini.
Ini apa yang kita boleh lakukan untuk sentiasa membahagiakan anak yatim :
1. Memberikan makanan yang secukupnya.
Takkan kita je nak makan sedap-sedap betul tak? Haaa…Apa kata kalau korang ada rezeki lebih sikit tu, cuba bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Sama-sama kongsi rezeki!
Kita takkan rugi apa pun, malah hidup lebih diberkati tau.
2. Menjaga kebajikan mereka.
Kita semua amat disarankan untuk sentiasa berbuat baik kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi anak yatim.
Kita kenalah sentiasa memastikan mereka ini semua mendapat pembelaan dan hak untuk hidup seperti orang lain selepas hilangnya tempat untuk mereka bergantung.
Antara benda paling mudah untuk kita lakukan ialah, dengan menyumbangkan sejumlah wang ataupun barangan dimana-mana NGO yang menjaga kebajikan anak-anak yatim ini. Yang penting ikhlas!
3. Sentiasa menghargai mereka.
Korang tahu tak yang anak yatim tidak boleh dipinggirkan sama sekali? Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan sama macam kita semua.
Sebab tu min harap sangat korang menghargai mereka ini semua dengan mengambil berat, memberikan kasih sayang ataupun menyambut hari jadi mereka, biar mereka ni rasa dihargai.
Setiap senyuman yang terukir di bibir mereka mampu membuatkan kita hidup dengan lebih tenang dan sebagainya.
Psssttt…Min dengar Mekdi ada buat kejutan untuk anak-anak yatim ni. Haaa….Apa agaknya eh?
Sambutan hari jadi McDonald’s ceriakan anak yatim!
Wow! McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, telah bekerjasama mewujudkan impak yang lebih positif di kalangan masyarakat semperna program Bulan Komuniti yang menumpukan kepada kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim sepanjang bulan Oktober ini.
Bulan Komuniti merupakan salah satu acara kemasyarakatan dibawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC yang telah bermula sejak 2017. Hebat kan!
Menurut Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s, Shamsidar Yahya, setiap tahun Program Komuniti McDonald’s dan RMHC ini dilaksanakan bersama 12,000 kanak-kanak membabitkan 400 rumah kebajikan yang ada di seluruh Malaysia.
Kali ini McDonald’s Malaysia ingin melakukan kelainan dengan menyambut Bulan Komuniti di cawangan-cawangan McDonald’s yang berdekatan untuk beberapa rumah kebajikan.
Seronoknya adik-adik ni dapat jumpa, kak Fafau & friends!
Tahun ini, McDonald’s Malaysia telah mengadakan satu majlis pelancaran Bulan Komuniti di McDonald’s Pantai Sentral Park DT, bagi meraikan sambutan hari jadi bersama 40 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Trinity dan Rumah Hope.
Bukan tu je, mereka juga dapat menikmati hidangan Happy Meal yang popular dari McDonald’s. Seronoknya!
Apa yang lagi best, Farah Fauzana bersama beberapa rakan artis dan social media influencer yang lain turun hadir dan join sekali melakukan beberapa aktiviti bersama anak-anak yatim ni. Baru meriah macam ni!
Apa yang min boleh cakap, mereka memang betul-betul gembira dan enjoy walaupun cuaca tak berapa baik ketika itu.
Mana taknya, banyak tau aktiviti yang mereka main antaranya, musical chairs, bola beracun, menari dan macam-macam lagi lah.
Kakak-kakak Mekdi semua sporting je layan adik-adik ni main macam-macam game tau. Orang tua-tua selalu cakap, bahagia akan datang jika kita bahagiakan orang lain!
Wah, siap dapat pek kembali ke sekolah lagi!
Bila ada majlis sambutan hari jadi, mestilah ada hadiah betul tak?
Bagi menghargai anak-anak yatim ini, pihak McDonald’s Malaysia & RMHC turut menghadiahkan Pek Kembali ke Sekolah kepada mereka semua, biar semangat sikit nak sekolah nanti. Heheh!
Mesti korang tertanya-tanya Bulan Komuniti ni hanya untuk anak-anak yatim je ke kan? Sebenarnya tak, pihak McDonald’s Malaysia & RMHC telah mengadakan pelbagai sambutan untuk menghargai seseorang itu antaranya,
- Sambutan Tahun Baru Cina di rumah kebajikan warga emas.
- Anugerah Guru Inspirasi ketika sambutan Hari Guru.
- Sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan seperti polis pada Hari Polis.
- Belanja abang-abang rider dan sebagainya lagi.
“Kegembiraan mereka semua itulah yang menjadi motivasi kami untuk terus melaksanakannya dan meneruskan usaha ini sehingga hari ini” – Shamsidar Yahya (Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s)
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari ke laman web rasmi, McDonald’s Malaysia atau laman Facebook mereka. I’m Lovin’ It!