berita

Senyuman & Wajah Mereka Macam Anak Di Rumah, Ebit Lew Kongsi Kisah Berdakwah Di Kelab Malam

July 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ebit Lew merupakan seorang penceramah bebas yang sering memberi nasihat dan motivasi buat golongan terpinggir seperti gelandangan, transgender serta remaja yang bermasalah. Pendekatan yang diambil olehnya itu ternyata disukai ramai.

Terbaru, dia kongsi pengalaman bertemu golongan anak muda yang beratur dan keluar masuk kelab malam. Menurutnya, golongan tersebut sedar akan kesalahan mereka, namun tidak tahu bagaimana untuk pulang ke pangkal jalan.

Rasa sebak dan sedih berdakwah di kelab

Sekadar gambar hiasan

Menangis saja 1 pagi tadi. Rasa sebak, sedih, sayu saja hati bila pergi dakwah di kelab. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk kelab. Sesak anak muda dekat sini. Ramai anak remaja baik-baik saja bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut lari.

Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz, kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak? Kami berzina, mabuk, ambil pil dan dadah.Boleh solat tak? Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain. Bahagia bila dekat diri pada Allah. Taat juta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannya.

Semuanya dah lama tinggal solat

Sekadar gambar hiasan

Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah meninggal. Ada yang ayah garang kuat belasah anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah meninggal dunia. Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah. Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Arak macam air mineral minum

4 pagi tadi tengok anak muda mula keluar club mabuk menjerit-jerit. Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang bercium-cium. Seram tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexy sangat. Macam dekat amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabat esok. Maafkanlah diriku ya Allah.

Saya sangat sayang dan kasihan pada mereka

Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Saya sangat sayang dan kasihan pada mereka. Menangis jer balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Maafkan saya yer adik-adik semu yer.Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat,dadah, tak solat. Pohon doakan ya. Menangis doakan anak muda kita semua

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×