berita

‘Seolah Kami Di Set Ni Bodoh Belaka’ – Pengarah Tempelak Penonton Sengaja Cari Salah

January 15th, 2020 | by faris
Kini Trending

Menjadi bualan setiap kali bersiaran, drama slot Akasia, Adellea Sofea menemui episod penamat semalam (14 Januari). Walaubagaimanapun, babak heronya Ungku Ismail Aziz sebagai Fir yang koma dikritik kerana dikatakan tidak mengikut prosedur peralatan perubatan betul.

Pengarah drama berkenaan, Shahrulezad Mohameddin membalas kritikan tersebut dan mempunyai penjelasan tersendiri mengenainya.

Belanja ribuan Ringgit dapat nasihat pakar

Shahrulezad mengakui agak ‘panas’ dengan hentaman dan kritikan dilemparkan kepada produksinya itu. Jelasnya, pihak produksi telah membelanjakan sejumlah wang untuk khidmat nasihat pakar bagi babak berkenaan.

Abam baca dan senyum walau hati sebenarnya panas gak. Abam malas nak komen panjang lebar sebab tak nak org fikir abam cuba nak tegakkan benang yang basah. Apa yang abam buat ialah abam sertakan sekali komen dari Dr Madu yang abam rasa dia menonton drama Adellea Sofea ni dengan penuh istiqamah. Hehehe.

Anyway issue dia macam ni. Semasa shooting scene yang melibatkan Fir koma ni kita orang bukan buat suka-suka hati jer kat set dengan equipment yang kita ada. Actually for that particular scene production have to spend almost thousands RM per day hanya untuk khidmat nasihat cara menggunakan alatan perubatan untuk kes koma.

Apa yang korang tengok kat TV tu adalah abam ikut nasihat pakar tu bulat-bulat yer. Bukan abam suka hati tok nenek nak pakai kan pada Fir. Semua tu under supervised from pakar yg terbabit.

Sengaja cari kesalahan

Pengarah yang turut mengarahkan drama popular Nur ini juga mengatakan kritikan sedemikian biasanya ditimbulkan oleh sesetengah penonton yang sengaja mencari kesalahan.

Masalahnya kat sini bila ada species penonton Melayu yg memang sengaja suka mencari kelemahan drama tempatan dan cuba menggembar-gemburkannya demi mendapat perhatian. Cara tegurannya tu pulak sangat menyakitkan hati seolah olah kami di set ni bodoh-bodoh belaka. Padahal dia sendiri yg tak follow cerita ni dari awal tapi terus jump to the conclusion hanya berdasarkan satu scene.

Komen komen ‘kasar’ sebeginilah kadang-kadang buat penggiat drama kadang-kadang give up nak sentuh drama yang berkaitan dunia perubatan disebabkan perangai sesetengah netizen kiasu macam ni yang rasa kita orang pembikin drama ni bodoh bodoh belaka. Ya memang bidang perubatan ni bukan bidang kami sebab tu kami tak kisah spend extra budget untuk memastikan kami tak buat silap. But still ada jer yang tak kena.

Berhati-hati di masa depan

Shahrulezad juga sempat menyindir dan memberi cadangan kepada penggiat drama lain ketika menjalani penggambaran.

Untuk itu abam menyeru semua penggiat drama Malaysia tak payahlah kita dekati cerita yang ada kena mengena dengan hospital ni sebab kita berhati hati macam mana sekali pun dalam pembikinan tetap kita jugak yang kena lahar balik. Kalau aku tahu nak jadik macam ni baik aku hantar jer Fir yg koma tu bawak jumpa bomoh lagi bagus.

Sebab bomoh bomoh tu tak melibatkan medical gadget segala bagai. Paling tidak pun modalnya cuma buah kelapa muda dengan ayam selasih jer. Save budget pun ya. Hehehe.

Sumber: Budakijat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×