berita

Seorang Maut, Tiga Cedera Dirempuh Pemandu ‘Gila’ Lawan Arus Atas Highway

February 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang lelaki maut dalam sebuah kemalangan yang terjadi pada sekitar jam 3.20 pagi tadi di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Kemalangan susur keluar Plaza Tol Pajam menghala ke Seremban itu melibatkan dua kereta dan tiga motosikal.

Seorang maut di lokasi kejadian

Memetik laporan Metro, sebuah kereta jenis Ford Fiesta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dari arah Kajang dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam. Tindakan lelaki terbabit telah menyebabkan berlakunya pelanggaran antara kereta Proton Persona dipandu mangsa iaitu Abdul Salam dengan tiga lagi buah motosikal.

Parah di kepala

Mangsa Abdul Salam maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Manakala, tiga lagi mangsa yang menaiki motosikal juga cedera dan dirawat di zon kuning di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ). Bagaimanapun, suspek yang memandu lawan arus itu dikatakan memandu dalam keadaan mabuk sehingga bertindak demikian.

Mayat Abdul Salam dibawa ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: MyGosip.com, Metro

SKIP THIS AD ×