berita

Separuh Akhir #MM28 Tampil Barisan Penyanyi Baru

November 6th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28-1

Sebaik melihat senarai lagu-lagu yang dipertandingkan dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-28, OHBULAN! perasan kebanyakan yang tercalon merupakan nama-nama baru di dalam industri hiburan tempatan.

Bila difikirkan semula, banyak juga lagu baru yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tetapi entah mengapa lagu-lagu tersebut tidak dipertandingkan.

Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa berpendapat kemungkinan penyanyi senior enggan mencalonkan diri kerana bimbang perjalanan seni mereka terjejas sekiranya kalah dengan penyanyi yang lebih muda.

Saya tak pasti apakah punca penyanyi senior enggan menghantar lagu. Pada saya, para senior tidak perlu bimbang dengan kekalahan kerana mereka bertanggungjawab kepada si pencipta. Perlu diingat bahawa Muzik-Muzik bukan mempertaruhkan penyanyi, tetapi pencipta lagu tersebut.

Bagaimanapun, Sufian mengharapkan penyanyi-penyanyi senior boleh kembali bertanding pada tahun hadapan, sekaligus memeriahkan industri muzik tempatan.

Untuk pengetahuan anda, separuh akhir Muzik Muzik 28 bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dengan menampilkan 30 buah lagu yang akan merebut peluang ke Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28).

Pertandingan separuh akhir ini diadakan selama tiga hari yang berbeza iaitu pada 8 November 2013, 15 November 2013 dan 22 November 2013 pada jam 9 malam.

Berikut adalah senarai 30 lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir:

8 November 2013

1. In Love With You (Aizat Amdan & Noh Salleh) ciptaan penuh Noh Salleh
2. Penglipurlara (Hazama & The Penglipurlara) Komposer: Omar K, Lirik: Zell
3. Menunggu (Akim Ahmad) ciptaan penuh Akim Ahmad
4. Jangan Pergi (Loka) Komposer: Andriansyah, Lirik: Daniel Loka
5. Tetap Menantimu (Nomad) Komposer: Akid, Lirik: Poji
6. Cinta Kasih (Mila & Nubhan) ciptaan penuh Zaidi
7. Tak Cuba Kembali (Asfan) ciptaan penuh Asfan
8. Setia Hujung Nyawa (Fiq & Mel Sakura) ciptaan penuh Faz Alberto
9. Agenda Jahiliah (Bunkface) ciptaan penuh Sam Bunkface
10. Takkan Terpisah (Black) ciptaan penuh Kuncidemak
11. Permata (Alyah feat. Ben) Komposer: Zuriani, Lirik: Alyah

15 November 2013

1. Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter) Komposer: Light & Bakri, Lirik: Dark
2. Kita (Forteen) ciptaan penuh Edry Abd. Halim
3. Dewi Cinta (Adira) ciptaan penuh Mohd Atlas & Aiman
4. Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Shamkamarul) Komposer: Najwa Latif, Lirik: Ika Latif
5. Adamu (Najwa Latif) Komposer: Najwa Latif, Lirik: Ika Latif
6. 5 Minit (Ramlah Ram feat. Caprice) Komposer: ID Mifzal, Lirik: B.A.M. Ariz
7. Hanya Aku (Hyper Act) Komposer: Hyper Act, Lirik: Frozen
8. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) Komposer: Omar K & Audi Mok, Lirik: Altimet
9. Aku Pelat (Salam Musik) Komposer: DJ Fuzz, Lirik: Salam, Eyzabahra & Jaytan
10: Kau Yang Terindah (Alyah) Komposer: Citra, Lirik: Erma Fatima
11. Penghibur Jalanan (Amir Jahari), ciptaan penuh Amir Jahari

22 November 2013

1. Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip) Komposer: Ly, Lirik: Baiduri
2. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) ciptaan penuh Edry Abd. Halim
3. Bosan (Stacy) Komposer: Audi Mok, Lirik: Omar K
4. Kembali (Akim Ahmad & Stacy) ciptaan penuh Akim Ahmad
5. Anugerah Hidup (Estranged) Komposer: Estranged, Lirik: Richael L. Gimbang
6. Dwihati (Yuna & Aizat) Komposer: Anas, Lirik: Aizat & Noh Salleh
7. Rumah Kita (Hujan) ciptaan penuh Noh Salleh
8. Jagalah Diri (Jaclyn Victor) ciptaan penuh Edry Abd. Halim

SKIP THIS AD ×