Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) bagi episod ketiga terpaksa ditunda di saat-saat akhir disebabkan salah seorang calon finalis iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19. Difahamkan, penyanyi itu telah membuat persembahan di hari kedua SFMM35 sebelum dimaklumkan ayahnya sendiri yang Alif berjumpa dengan seorang kontak rapat sebelum ini.
Artikel berkaitan: Berjumpa Individu Positif Covid-19 Dikatakan Punca Alif Satar Dijangkiti
Susulan itu, kesemua artis dan krew produksi yang terlibat di SFMM35 disarankan untuk membuat ujian saringan Covid-19. Antara selebriti yang berkongsi melakukan ujian saringan di Instagram adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta penyanyi Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.
Pengacara SFMM35 jalani ujian saringan
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Pengacara SFMM35 iaitu Sherry Al-Hadad dan Haziq Husni turut diarahkan untuk menjalani ujian saringan tersebut atas saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rakan artis buat swab test
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Selain itu, penyanyi-penyanyi yang terlibat di pentas SFMM35 turut melakukan perkara yang sama menggalas tanggungjawab demi menghentikan penularan wabak yang tidak diingini ini. Difahamkan, keputusan ujian saring tersebut akan diketahui dalam masa 24 jam ujian dilakukan mereka.
Demi keselamatan ramai
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Difahamkan, kesemua mereka perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di rumah masing-masing selepas melakukan ujian saring tersebut. Ujian saring tersebut telah dilakukan segera di MSU Shah Alam bagi mengelakkan berlakunya sebarang penularan wabak berkenaan. Apa-apapun, kita doakan agar mereka segera diberi kesembuhan dan dijauhi dari wabak yang tidak diingini.
Sumber: Instagram