Gambar sekadar hiasan
Dua orang kanak-kanak berusia lima tahun yang juga sepasang kembar telah dicabul oleh bapa tiri mereka berulang kali.
Artikel Berkaitan: Didakwa Cabul & Rakam Kanak-Kanak 12 Tahun Dalam Bilik Rawatan, Doktor Hospital Kemaman Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Doktor Jumpa Kesan Calar Pada Kemaluan, Suami Pengasuh Disyaki Cabul Kanak-Kanak Dua Tahun
Bapa tiri durjana
Gambar sekadar hiasan
Menurut anggota Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Wilayah Asahan, kes yang berlaku di Sumatra, Indonesia ini mula terbongkar apabila ada ahli keluarga yang melihat kelakuan salah seorang mangsa sangat mencurigakan. Mangsa mengadu berasa sakit di bahagian kemaluan ketika membuang air kecil.
Setelah itu, kanak-kanak terbabit ditanya mengapa perkara itu berlaku, kemudian mangsa membongkarkan kelakuan bapa tirinya. Kejadian yang berlaku sekitar seminggu lalu ternyata terjadi kepada dua-dua kembar itu dan itu bukan kali pertama mereka dicabul.
Pada awalnya yang mengaku hanya seorang sahaja yang dicabul namun ternyata setelah disiasat rupanya kedua-duanya pernah diperlakukan dengan perkara yang sama oleh ayah tiri mereka.
Susulan itu, pihak berkuasa ketika ini sedang menjejak pelaku kerana dikhuatiri akan melarikan diri setelah mengetahui jenayahnya telah dilaporkan.
Difahamkan, pelaku merupakan bapa tiri mangsa yang tinggal serumah dan baru sahaja setahun setengah berkahwin dengan ibu mangsa. Menurut penjelasan keluarga juga, pelaku merupakan seorang pemabuk dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sumber: Detik Sumut