berita

‘Sepatutnya Dia Hadir Lah..’- Armin Tidak Hadir Ke Mahkamah, Ziana Zain Terpaksa Tunggu Keputusan

June 28th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

April lalu, penyanyi Ziana Zain telah memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri pada Mei 1998. Isu perkahwinan mereka mula dikatakan goyah apabila Ziana alami penderaan mental, nafkah dan yang terbaru, kes dera anak mereka. Hari ini Ziana dan Armin dijadualkan untuk mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai. Tetapi Armin tidak menghadirkan diri.

Ingin ikut prosedur, hanya perlu bersabar

Status rumah tangga Ziana Zain terus berpanjangan apabila suami, Armin tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk mendengar sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai. Walaubagaimanapun, penyanyi itu ingin berfikiran positif dan memberitahu akan terus mengikut prosedur.

Tambah Ziana, dia berharap agar Armin akan memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Saya akan mengikut prosedur, jika saya boleh bertahan selama 20 tahun. Kali ini saya hanya perlu bersabar sedikit sahaja lagi.

Kami ada tangunggungjawab terhadap masing-masing dan sepatutnya dia hadirlah.

Menurut Ziana, mahkamah akan menetapkan tarikh 12 Julai depan untuk melantik wakil untuk Jawatankuasa Hakam. Anuar Zain turut hadir ke mahkamah untuk menemani kakaknya untuk memberi sokongan moral.

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×