Nama pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz terus menjadi bualan hangat wargamaya apabila timbul dakwaan terbaharu mengatakan dia telah menciplak karya seorang jurulatih pidato yang dikenali sebagai Khairul Asfan.
Artikel Berkaitan: Baru Selesai Isu APBN 2023, Timbul Pula Dakwaan Zhiddin Aziz Ciplak Karya Orang – ‘Apa Ni Sedara? Habis Diciduknya’
Artikel Berkaitan: Adam Adli Sudah Bersemuka Dengan Zhiddin Aziz, Rungkai Isu APBN – ‘Kalau Ada Silap Jangan Simpan Dalam Hati’
Sedar namanya dipetik, Zhiddin kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar dan membuat permohonan maaf kepada individu tersebut.
Menurut Zhiddin, secara jujurnya dia tidak mengetahui siapakah gerangan empunya karya asal tersebut dan hanyalah berniat untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Abang pertahankan Zhiddin
Isu tersebut turut menyorot perhatian abang kepada Zhiddin yang juga pembaca berita stesen televisyen TV9 yang dikenali sebagai Zharif Aziz.
Menurut Zharif, Khairul Asfan seharusnya berasa bangga apabila karyanya digunakan oleh orang lain.
Sepatutnya pengkarya asal perlu bangga karyanya disampaikan orang lain.
Boleh sahaja beritahu siapa perkarya asal, tetapi disalah anggap ‘menciduk’ karya orang lain.
Mereka tak berminat karya mereka diangkat orang lain, biar saja karya mereka tersimpan bersama mereka.
Sementara itu, Zharif menerusi hantaran di Instagram Story berkata sifat suka menjadi batu api hendaklah dielakkan dan sebaiknya semua pihak bersatu meraikan Bahasa Melayu.
Tak perlu nak menangguk di air keruh dan jadi manusia yang suka batu api untuk melagakan lagi keadaan.
Kita semua sepatutnya bersatu meraikan Bahasa Melayu bersama, bukan wujudkan persengketaan.
Terdahulu, seorang jurulatih pidato yang dikenali sebagai Khairul Asfan mendakwa karyanya yang dihasilkan sewaktu menyertai pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri 2011 telah diciplak oleh Zhiddin.