berita

Majlis Kahwin Anak Teruk Kena Kecam, Normah Damanhuri Akhirnya Minta Maaf

April 8th, 2019 | by Amat
Video Popular

Aksi tarian mengghairahkan di majlis perkahwinan anak kepada dramatis veteran jadi bualan hangat dan menganggap perkara itu kurang sopan. Terbaru, Normah Damanhuri menerusi laman Instagram tampil memohon maaf atas khilaf dan menjelaskan situasi sebenar.

Akan berhati-hati selepas ini

https://www.instagram.com/p/Bv_ccGhAuQ6/

Normah Damanhuri tidak menyangka penari lelaki berpakaian menyerupai wanita itu akan mengenakan pakaian seksi dan melakukan aksi ‘panas’ sehingga mengundang kecaman dari pelbagai pihak termasuk keluarga.

Rata-rata mempersoalkan tindakan anak dramatis veteran ini mengundang penari tersebut membuat persembahan yang tidak sesuai dengan majlis perkahwinan.

Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya dan pasangannya.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan paperdoll itu sepatutnya tarian tradisional, zapin, miming, lawak jenaka dengan tetamu tapi saya tak sangka pula pakaian mereka itu keterlaluan untuk majlis perkahwinan.

Sumber: Normah Damanhuri

SKIP THIS AD ×