berita

‘Seperti Abang & Bapa Kami’ – Pemergian Bapa Mentua Marsha Dirasai Ramai Golongan Selebriti Tanah Air

May 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh meninggal dunia awal pagi tadi. Berita sedih itu dikongsikan oleh Marsha sendiri di akaun Instagramnya. Salam takziah!

Al-Fatihah

Allahyarham Dato’ Seri Mohamed Ismail bin Mohamed Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Ali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi ini. Sebagai menantu, Marsha memohon doa semua agar roh bapa mentuanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Terdahulu, seluruh ahli keluarga Dato Sri Ali dilaporkan positif Covid-19 dan keadaan beliau juga dilaporkan tidak stabil pada masa tersebut.

Buat pengetahuan korang, arwah merupakan antara individu yang berpengaruh di Pulau Pinang serta merupakan kenalan rapat kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami serta pelakon, Sharnaaz Ahmad. Pemergian arwah turut meninggalkan kesan buat golongan selebriti tanah air dan rata-rata daripada mereka sudah menganggap Dato Sri Ali sebagai ‘baba’ iaitu ayah kepada mereka juga.

Sangat baik hati

Menurut TokTi, arwah merupakan seorang abang yang sangat baik hati. Oleh itu, beliau memohon agar Allah ampunilah segala dosa Dato Ali dan tempatkan arwah bersama insan terpilih di sana.

Suruh datang rumah bawa cucu

Innalillahiwainailaihirojioun, sahur yang suram bila dapat berita baba telah kembali ke PenciptaNya. Duduk termenung baca text baba bulan puasa hari tu. Suruh mai rumah berbuka sama bawa cucu-cucu. Bagitahu saja nanti mama masakkan nak makan apa. Tak sempat nak bagitahu khabar gembira dekat baba. Buat Mama Linda, Abang @sepol_ali@shamsoulsya @ayulijam@marshamilan @syashamsul takziah dari kami sekeluarga. Hanya doa dari anak-anak dan cucu baba pengganti diri subuh ni. Terima kasih sudi beri kami menumpang kasih, menumpang rezeki.

Menurut Johan, dia masih termenung membaca kiriman mesej yang dihantar oleh arwah pada bulan Ramadan yang lalu. Jelas Johan, arwah mengajaknya dan keluarga untuk bersama-sama berbuka puasa. Namun, mereka tidak sempat untuk berjumpa.

Seorang yang seumpama bapa pada aku telah pergi mengadap Ilahi disebabkan covid. Semoga Aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan redha dgn ujian yg sangat berat ini. InsyaAllah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun.

Selain TokTi dan Johan, Sharnaaz merupakan individu yang paling rapat dengan arwah. Berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang, Sharnaaz sudah menganggap arwah sebagai bapanya sendiri. Ujar Sharnaaz, arwah sentiasa membantu orang susah tidak kira apa cara sekali pun. Pemergian arwah sudah pasti meninggalkan kesan buat dirinya.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×