berita

‘Seperti Dirasuk Syaitan’, Bapa Durjana Tergamak Campak Bayi 12 Bulan Ke Dalam Gaung

May 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di California, Adam Slater tergamak mencampak anak perempuannya berusia 12 bulan ke dalam gaung sehingga mati. Lebih mengejutkan apabila suspek juga dipercayai telah menikam isterinya yang sedang sarat mengandung.

Campak anak dalam gaung

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror Uk, sebaik sahaja selepas suspek menikam isterinya itu, dia bergegas melarikan diri bersama anak perempuannya iaitu Madlyn Payton Slater. Tetapi malangnya, kereta yang dipandu suspek terbabas di Lebuhraya 74 di Coacheala Velley. Kejadian tersebut turut disedari oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu sebelum dia bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Menceritakan kisah itu, pengguna jalan raya tersebut ingin menghulurkan bantuan untuk membantu mengeluarkan kedua beranak itu dari dalam kereta tersebut tetapi sayangnya dia secara tiba-tiba telah ditikam oleh suspek. Suspek kemudian merampas anak perempuannya dari pengguna jalan raya tersebut sebelum melemparkan bayi itu ke dalam gaung berkenaan.

Beberapa saksi melihat suspek membawa kanak-kanak itu dan melemparkannya ke tebing curam ke dalam gaung. Suspek kemudian melarikan diri dengan berjalan kaki ke dalam gaung.

Isteri yang ditikam terselamat

Pihak polis yang tiba dilokasi kejadian telah berjaya memberkas dan menahan suspek. Suspek yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini telah dipenjarakan atas tiga pertuduhan iaitu pembunuhan, percubaan membunuh dan serangan menggunakan senjata.

Sementara itu, menurut sumber, isteri suspek dilaporkan terselamat selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: Mirror Uk, Daily Mail

SKIP THIS AD ×