berita

Seram! Netizen Heboh Misteri Suara Wanita Menangis Dimainkan di Radio, Rupa-Rupanya…

April 10th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Di Malaysia, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kisah seram dan kejadian aneh yang menghantui warganya. Ada yang terjadi di lebuh raya, ada kisah seram di apartment malah tak kurang ada juga gangguan mistik di tempat-tempat awam. Namun kisah-kisah misteri sebelum ini masing-masing ada ceritanya yang tersendiri. Ada yang sudah terjawab dan ada juga yang masih kekal misteri sehingga hari ini.

Sebenarnya kali ni admin nak story dengan korang pasal kejadian pelik dua tiga hari ini. Ia datang daripada netizen sendiri katanya mereka terdengar bunyi seram macam suara wanita menangis terpasang secara tiba-tiba dekat radio. Dah la suara tersebut selalu terpasang antara waktu Asar dan ada jugak dekat dekat nak Maghrib. Kadang-kadang tak menentu. Creepy weh!

Apa pun disebabkan kejadian ni makin menjadi perbualan ramai dan tak kurang ramai jugak yang mula mengadu dengan team OhBulan! untuk cuba siasat dan reveal apa yang berlaku. So, kali ni kami bantu. Yelah, risau masing-masing makin takut suara tu terus menghantui mereka.

Memang seram!

Sebelum admin reveal apa sebenarnya terjadi, mana-mana yang belum pernah dengar suara seram tu lagi, try play audio kat bawah ni. Meremang weh. Nak lagi seram, guna earphone. Tapi korang jangan lari dulu. Baca sampai habis okay!

Yesss… suara ini lah yang menghantui netizen beberapa hari ini. Seram kan? Bukan setakat seram, tetapi ramai jugak yang mula panik dan berteka-teki. Macam-macam la teori netizen yang admin baca. Siap ada yang bagitau admin ada hantu dah berjaya hijacked stesen radio Malaysia! Aduhh..

Jangan panik dulu!

Siasat punya siasat, sebenarnya suara menakutkan tu datang daripada sedutan sebuah filem seram yang akan mula ditayangkan di Malaysia pada 18 April ini. Menurut pihak penerbitan filem ini, suara seram tersebut sengaja dimainkan melalui corong radio seperti Hot Fm dan Fly Fm sebagai langkah awal untuk mempromosikan kemunculan filem terbabit.

Kalau korang nak tahu, pihak penerbitan filem juga ada memainkan audio suara seram yang sama sebelum tayangan beberapa filem lain di pawagam tanpa menayangkan sebarang visual (black screen). Kalau penonton yang tak tahu pasal gimik ni, mesti kecut perut jugaklah duduk dalam movie hall tu kan. Dengar kata, siap ada yang lari keluar daripada hall sebab takut sangat. So, mana yang dah tahu tu, lepas ni jangan takut lagi. Admin kan ada. Eh!

https://www.facebook.com/gowri.martin/videos/10158338176196040/

James Wan kembali menghantui dengan The Curse of The Weeping Woman!

Sebut je nama James Wan mesti korang dah familiar kan? Pengarah tersohor filem seram, James Wan yang popular dengan filem The Conjuring kembali lagi dengan filem seram terbaru! Tapi kali ini pengarah filem kelahiran Sarawak itu muncul sebagai penerbit untuk filem The Curse of The Weeping Woman arahan Michael Chaves.

So, suara wanita menangis yang korang dengar beberapa hari ni sebenarnya adalah suara hantu The Weeping Woman tu lah. Tapi, kalau korang nak tahu sebenarnya tajuk asal filem ini adalah The Curse of La Llorona. Hanya apabila ia masuk ke pasaran Malaysia filem ini muncul dengan tajuk baharu The Curse of The Weeping Woman.

Eh kejap, korang tahu tak kenapa hantu La Llorona ni asyik menangis?

Menangis sebab bunuh anak sendiri, La Llorona legenda seram rakyat Mexico

Kalau korang nak tahu, watak hantu La Llorona atau The Weeping Woman dalam filem ini merupakan salah satu legenda menyeramkan dalam kalangan rakyat Mexico. La Llorona digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak henti-henti menangis selepas kehilangan tiga anaknya kerana dia membunuh mereka dengan mencampak anak-anaknya ke dalam sungai. Dia yang kemudiannya kesal dengan perbuatannya itu, turut membunuh diri.

Mencari kanak-kanak lain sebagai mangsa

Selepas membunuh diri, rohnya menjadi tidak tenteram dan dia terus menghantui penduduk dengan mencari kanak-kanak lain untuk dijadikan anaknya. Filem The Curse of The Weeping Woman membawa roh legenda itu ke Los Angeles sekitar tahun 1970-an, di mana seorang pekerja sosial bernama Anna Gracia dan anaknya dihantui hantu La Llorona selepas mengabaikan amaran seorang wanita bermasalah mental.

Menghantui pawagam 18 April 2019!

Filem ini dibintangi Linda Cardellini, Raymond Cruz dan Patricia Velasquez. Ini juga merupakan filem pertama arahan Chaves, yang mana beliau turut mendapat kontrak untuk mengarahkan filem ‘The Conjuring 3’. The Curse of The Weeping Woman terbitan Warner Brothers dan New Line Pictures akan mula menghantui pawagam 18 April 2019.

Korang dengar suara La Llorona menangis pun dah seram kan? Kalau tengok sendiri filem ni betul-betul tak tahulah macam mana. Bersiap sedialah masing-masing untuk menjerit. Sebelum tu, jom kita layan trailer filem The Curse of The Weeping Woman ni dulu. Jangan lupa set movie date 18 April ini di pawagam berhampiran ya!

SKIP THIS AD ×