berita

Seram, Penuh Kejutan! 5 Sebab Korang Wajib Tonton Filem Box Office Thailand Pee Nak!

March 12th, 2019 | by Amat
Shout Out!

Bila sebut Pee Nak, ramai akan samakan filem ini dengan filem sequence yang lain termasuk Mae Nak, Nang Nak dan Pee Mak. Tahukah anda filem Pee Nak adalah berbeza dengan 3 filem yang disebutkan tadi?

Filem Pee Nak secara dasarnya berlaku di sebuah wat dan tujuan tiga rakan ini ke sana adalah untuk bertasbih demi membuang nasib malang dan memperbetulkan hidup mereka. Namun, sepanjang mereka di sana terdapat pelbagai perkara aneh berlaku sehingga nyaris gagal menyempurnakan niat masing-masing.

Kami ‘belanja’ lima sebab kenapa anda perlu pergi ke pawagam dan tonton filem komedi seram dari Thailand ini. Memang gelak tak berhenti dari awal sampai habis!

Seram dan penuh suspend

Babak pertama dimulakan dengan seorang lelaki berpakaian lengkap Nak kelihatan berjalan masuk ke sebuah Wat. Dia kemudian menemui seorang lelaki misteri bermaharaja di dalam Wat tersebut sehingga membuatkan dia berlari meninggalkan perkarangan Wat.

Apa yang lebih menyeramkan adalah dia terlihat beberapa orang berpakaian tradisional Thai dan tidak berkepala sedang berarak menghampirinya. Adegan demi adegan mendebarkan dan menyeramkan ini membuatkan penonton tak senang duduk! Bagi mereka yang meminati genre filem seram terutamanya filem Thailand, inilah filem wajib untuk ditonton!

Lawak spontan semua pelakon

Selain dari seram, filem ini bermain dengan emosi penonton untuk gelak sampai pecah perut! Setiap babak drama atau seram akan dicampur dengan komedi spontan dari lakonan 3 sahabat ini. Karakteristik lembut pada watak Balloon dan First turut memeriahkan suasana sehingga menyebabkan satu panggung ketawa. Peranan setiap watak dimainkan memberi kesan besar dalam filem ini. Penuh emosi dan kelakar.

Meleleh air mata

Walaupun filem ini berunsurkan seram komedi, namun filem itu turut berjaya membuatkan kami sebak dan hampir menangis. Babak di mana aksi Nak dan ibunya di akhir filem ini memperlihatkan bagaimana dua anak-beranak ini bertukar tangisan kerana terlalu kasih antara satu satu lain. Nak dikenali anak yang sangat patuh dan taat terhadap ibunya sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi hasrat ibunya. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kenalah tengok sendiri. Jangan lupa sediakan tisu yer!

Gabungan pelakon mantap

Gabungan tiga pelakon hebat ini berjaya menghidupkan genre seram, komedi dan drama. Vachiravit Paisarnkulwong (tengah) sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Notification (2018), Be Hide The Sin (2018) dan Kong Kam (2019). Vachiravit dalam filem ini memegang watak sebagai Nong, seorang pemuda yang tidak mempercayai upacara Nak atau monk untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapinya.

Bhuripat Vejvongsatechavat (kanan) pernah berlakon dalam filem 3 AM (2018) dan Ghost Ship (2015). Dia memegang watak sebagai First, seorang lelaki gay yang kaya dan mempunyai masalah dengan ayah. Bagaimanapun, dia sanggup buat apa sahaja bagi memenangi hati ayahnya itu sehinggakan dia bersetuju menyertai upacara Nak ini.

Manakala, Witthawat Rattanaboonbaramee (kiri) merupakan seorang Youtube Influence di Thailand. Menerusi filem ini dia memegang watak Ballon seorang lelaki gay dan menguruskan peniagaan online. Dia telah berniat sekiranya memenangi loteri, dia akan ke Wat dan menunaikan hasrat menjadi Nak.

Sentuhan pengarah Mike

Phontharis Chotkijsadarsopon atau lebih dikenali Mike telah mengarahkan beberapa buah filem seram Thailand termasuk Still 2 (2014) dan Ghost Ship (2015).

Filem Pee Nak ini tercetus dari idea berdasarkan pengalaman pengarah ini sendiri semasa dia berhasrat dan ke Wat untuk menjadi Sami. Persoalan tercetus apabila dia memahami proses keagamaan menjadi Nak sebelum diangkat menjadi Sami (monk).

Lagenda Naga (dragon) atau mitos ular diketengahkan dalam mengangkat konflik filem ini menjadikan manusia yang telah mati (hantu) tidak boleh menyempurnakan upacara dan proses menjadi Sami (monk).

Pengarah ini juga mereka kostum dan mencadangkan tatarias pada watak Nak Non yang telah lama mati supaya kelihatan lebih seram dan menakutkan. Hantu Nak Non dipersiapkan dengan perhiasan menyeramkan termasuk memakai gelang kaki, berpakaian Nak dark-toned, jahitan dan darah di kepalanya. Semua elemen ini menimbulkan unsur seram dalam filem Pee Nak.

Trailer Pee Nak

Jangan lupa tonton filem komedi-seram, Pee Nak arahan pengarah Phontharis Chotkijsadarsopon (Mike) di pawagam berhampiran anda pada 14 Mac 2019 ini. Kami yakin filem ini akan menepati selera filem seram-komedi yang dinanti ramai!

SKIP THIS AD ×