berita

Serang Wanita Sehingga Maut, Kambing Biri-Biri Dipenjara 3 Tahun

May 26th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seekor kambing biri-biri jantan di Sudan Selatan, Afrika dihukum penjara sehingga tiga tahun gara-gara haiwan terbabit menanduk seorang wanita sehingga maut.

Kambing tanduk wanita sehingga mati

Memetik laporan Daily Star, haiwan berkenaan dilaporkan menanduk dada wanita bernama Adhieu Chaping beberapa kali sebelum disahkan meninggal dunia. Difahamkan, hukuman terbabit diputuskan oleh pemimpin setempat.

Susulan daripada kejadian berkenaan, kambing biri-biri terbabit perlu dihukum dengan ditempatkan di sebalik jeriji besi di Balai Polis Maleng Agok Payam selama tiga tahun. Bukan itu sahaja, keluarga mangsa juga akan menerima lima ekor lembu sebagai pampasan.

Kambing terbabit menyerang sehingga terkena rusuk wanita itu dan menyebabkan mangsa mati serta-merta.

Keluarga mangsa setuju dapat pampasan

sekadar gambar hiasan

Menurut pentadbir daerah, Paul Adhong Majak, pemilik haiwan serta keluarga mangsa adalah saudara dan mereka sebenarnya berjiran.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengesahkan kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa pemilik kambing berkenaan akan memberikan beberapa ekor lembu kepada keluarga mangsa berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh ketua penduduk di kawasan itu.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×