berita

Serina Redzuawan Hilang Hak Penjagaan Kekal Anak Kedua

February 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Serina Redzuawan dan bekas suami, Gavin Edward O’luanaigh

Serina Redzuawan iaitu anak kepada cef selebriti Chef Wan tidak mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya sebaliknya hak penjagaan kekal tersebut diperoleh oleh bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

Serina hilang hak jagaan dua anak

Foto: Serina Redzuawan

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan anak pertama pasangan itu, Tristan Tareef O’luanaigh, 13, kepada Gavin atau nama nama Islamnya, Salahudin Ghafar manakala hak penjagaan Isabella Saffiya O’luanaigh, 12, diberikan kepada Serina. Namun Gavin Edward berjaya mengubah perintah tersebut sekaligus memberikannya hak penjagaan kekal bagi kedua-dua anaknya.

Mahkamah membuat keputusan tersebut setelah menemuramah Isabella tentang pilihannya untuk tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit. Mahkamah turut mendengar keterangan Gavin.

Tetapi Serina diberi hak lawatan dua minggu sekali. Menurut peguam, meskipun sebelum ini Serina diberi hak penjagaan ke atas Isabella namun Serina tidak pernah mengambil anak perempuannya itu untuk dijaga atau menjaga kebajikannya.

Untuk rekod, Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×