
Pelakon dan cef selebriti, Serina Redzuawan menitipkan doa dan kata semangat buat sahabatnya, aktres Natasha Hudson yang didakwa sudah tidak lagi bertudung.
Artikel Berkaitan: Natasha Hudson Tanggal Semula Tudung? Didakwa Padam Semua Foto Berhijab Di IG
‘Semoga kembali tutup aurat’

Menerusi satu komen ditinggalkan, Serina menzahirkan rasa empati terhadap perjuangan Natasha untuk terus istiqamah dan mengingatkan setiap manusia tidak terlepas daripada ujian iman.
Buat sahabatku Natasha Hudson, saya tahu awak sedang berjuang untuk istiqamah. Perkara itu bukan mudah kerana kita semua manusia biasa, iman ada naik ada turun.
Dalam masa sama, anak kepada cef terkenal Datuk Chef Wan itu turut mendoakan agar Natasha diberi kekuatan untuk kembali menutup aurat.
Saya doakan Allah berikan awak kekuatan. Insya-Allah semoga awak kembali menutup aurat. Amin.
Allah Maha Pengampun, sahabatku. Sentiasa ingat itu. Saya sayang awak. Kirim pelukan dan cinta dari jauh.
Terdahulu, tular foto Natasha tidak lagi bertudung selain beberapa hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan gambar berhijab didakwa sudah dipadam atau disimpan di arkib.
Pada tahun 2016, Natasha pernah mengenakan niqab, namun pada 2022 pelakon filem Kelab Rojak itu menjadi tumpuan apabila dilihat tidak lagi mengenakan hijab sebelum sekitar Julai 2025 kembali bertudung semula.








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)