berita

Sering Bawa Isteri Ke Set Penggambaran, Yusuf Bahrin Nak Elak Perasaan Cemburu

October 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas berkahwin dengan penyanyi, Zizi Kirana, 37, pelakon Yusuf Bahrin mengakui sering membawa isterinya ke set penggambaran.

Artikel Berkaitan: Selepas Dua Bulan Serius Bercinta, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Jadi Suami Isteri

Biasalah perempuan cemburu

Ketika ditemui OhBulan!, Yusuf menyatakan dia yang membuat keputusan untuk ‘angkut’ isteri sekali bagi mengelakkan timbul rasa cemburu.

Kata Yusuf, 30, sebagai suami dia bertanggungjawab untuk menjaga perasaan isteri.

Sebenarnya saya yang ajak dia, kasihan isteri duduk seorang diri di rumah. Lebih baik dia tengok saya ada di depan mata.

Dia tiada masalah cemburu. Biasalah perempuan kalau cemburu sikit-sikit, itu lumrah. Kalau kita mesra sangat dengan perempuan lain dia akan rasa lain.

Kita sebagai suami kena terangkan. Bagi saya manusia normal memang ada perasaan itu. Cuma itu cara saya untuk mengelakkannya dengan selalu bawa dan hubungi dia.

Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Jesnita yang diadakan di TGV Sunway Velocity, pada Khamis.

Selain Yusuf, Jesnita turut dibarisi pelakon lain seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone dan Fathia Latiff.

Drama 40 episod terbitan Zeel Production ini akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, mulai 7 November 2022, di Astro Prima.

Jaga batas pergaulan

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin sudah menetapkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita lain ketika berlakon.

Cabaran dalam drama ini saya kena berjaga-jaga untuk elak babak bersentuhan sebab saya dah kahwin.

Kalau dulu saya free and easy tapi bila dah kahwin kena lebih berhati-hati demi jaga hati isteri juga.

Saya akan pegang atau tarik baju saja kalau ada babak yang perlu bersentuhan. Kalau babak romantik saya minta teknik kamera.

Untuk rekod, Yusuf berkahwin dengan Zizi Kirana pada 19 September tahun lalu selepas dua bulan menyulam cinta.

SKIP THIS AD ×