berita

Sering Bergurau Ingin Kahwin Dua, Satu Hari Azmi Caliph Buskers Terdiam Bila Isteri…

April 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setelah masuki tahun kesepuluh perkahwinan, akhirnya Azmi Caliph Busker bakal menimang cahaya mata apabila isterinya disahkan hamil empat bulan.

‘Nak bagi dia merasa ada payung emas’

Menerusi perkongsian Azmi di akaun Facebooknya, pada awal lima tahun perkahwinan mereka, dia sering berseloroh mengenai ingin berkahwin lain kepada isterinya. Pada ketika itu, isteri Azmi cuma melayani sahaja gurauan itu malah siap mencabar dirinya untuk berkahwin lagi satu.

Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah.

Namun, selepas memasuki tahun keenam, isterinya tidak memberi sebarang respon mengenai gurauan tersebut. Isterinya lebih banyak berdiam diri serta tiada lagi gelak ketawa membuatkan Azmi mengurangkan gurauan-gurauan seperti itu lagi.

Apabila masuki tahun kelapan, mereka mendapat berita gembira iaitu isterinya hamil dua bulan. Namun, kandungannya gugur dan akibat daripada keguguran itu isterinya sering termenung apabila baru lepas bermain dengan budak kecil. Lebih menyedihkan lagi apabila dia terbaca ucapan Selamat Hari Ibu serta berborak dengan kawan mengenai anak masing-masing.

‘Kalau saya tak dapat berikan awak anak, awak kahwin lain tak?’

Lebih membuatkan berasa isterinya sedih apabila berjumpa saudara-mara yang tidak pandai menjaga mulut mempersoalkan bila ingin mendapat anak.

Yang, kalau saya tak dapat berikan awak anak, awak akan kahwin lain tak?

Menyedari hati isterinya begitu pedih tatkala bimbang bakal ditinggalkan jika belum ada rezeki untuk hamil, Azmi membawa isteri pergi bercuti bagi menenangkan hati isterinya.

Memasuki tahun kesepuluh, mereka telah membuktikan yang mereka mampu bahagia tanpa anak, walau bagaimanapun tanpa disangka mereka dikejutkan dengan rezeki kurniaan Allah iaitu berjaya hamil hampir mencecah usia empat bulan. Azmi meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga serta memohon doa semoga kandungan isterinya sihat dan anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh.

Sumber : Azmi Saat 

SKIP THIS AD ×