berita

Sering Ditanya Siapa Pengganti Arwah Sarah, Shuib Akui Rasa Rimas – ‘Tak Tahu Nak Cakap Apa’

January 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelawak, Shuib Sepahtu mengakui rimas apabila kerap diajukan soalan mengenai pengganti arwah isterinya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Orang Tak Suka Auntie?’ – Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai

Artikel berkaitan: Viral Wajah Anggota MALBATT Mirip Shuib – ‘Tolong Tag Dia Please, Teringin Nak Jumpa’

Rimas juga

Menurut Shuib, dia melihat setiap pertanyaan tersebut dari sudut positif meskipun ianya sangat sensitif. Tambah Shuib, dia terkilan dengan sikap sesetengah individu yang suka membuat andaian sendiri berhubung hubungannya dengan Watie.

Rimas juga. Kadang-kadang saya jadi sensitif. Bila saya keluar, orang tanya ‘dah ada pengganti? Ia sangat sensitif. Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup kita, kalau kita sedih atau apa, bukan orang tahu. Saya pun tak tahu nak cakap, sama ada orang tak faham atau apa. Tapi, saya lihat dari sudut positif, mungkin orang ambil berat.

Walaupun belum tahu dia orang yang bagaimana, orang luar sudah mula membuat spekulasi. Muka garang? Saya tak fahamlah bila ada yang kata, ‘ini kalau jadi mak tiri, mesti garang’. Orang dah menghakimi terlebih dulu.

Shuib turut tertanya-tanya kenapa artis lain berkahwin semula selepas kematian pasangan, tidak pula timbul sebarang isu.

Mungkin mereka ambil berat mengenai saya. Apa pun, dalam rumah tangga, hanya kita yang tahu dan orang luar nampak luaran saja.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×