berita

Sering Dituduh ‘Operate’ Muka, Agnez Mo Dedah Wajah Tanpa ‘Make-Up & Filter’

May 31st, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Agnezmo

Bintang terkenal Indonesia, Agnes Monica tampil memuat naik beberapa keping foto dirinya tanpa sebarang solekan mahupun ‘filter’ apabila sering dituduh oleh netizen telah melakukan pembedahan atau operasi plastik pada bahagian mukanya.

Gembira tanpa solekan

Foto: Agnezmo

Menerusi laman IG miliknya, pelantun lagu Matahariku itu telah berkongsi beberapa foto dirinya tanpa secalit solekan ataupun menggunakan teknik filter. Melihat pada perkongsian tersebut, ia ternyata jauh berbeza dari penampilannya yang selalu terlihat bersolek tebal.

Tiada filter (walaupun Paris (filter di Instagram). Anda tahu apa yang saya cakapkan).

Tiada solekan. Ini adalah cara saya untuk menyokong bulan Kesedaran Kesihatan Mental. Foto saya, kulit saya, dan penampilan saya dalam gambar ini jauh dari sempurna tetapi tahu apa yang menarik, saya rasa begitu gembira, berpuas hati dan bersyukur.

Jadi lihatlah, wajah saya juga punya kulit yang kurang baik kerana sinaran matahari. Ada pori dan ada kerosakan.

Dalam rantaian foto itu, Agnez difahamkan menyokong bulan kesedaran kesihatan mental apabila meletakkan tanda pagar #mentalhealthawareness.

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Agnez Mo itu juga sempat meninggalkan pesanan buat semua dengan mengatakan walaupun ada banyak kekurangan, sebagai manusia kita perlu bersyukur.

Sumber: agnezmo

SKIP THIS AD ×