berita

Sering Lupa Lirik Di GV, Rupanya Zamani Sakit & Berisiko Lumpuh..

November 19th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Meskipun tidak bergelar juara, penyanyi Zamani masih mempunyai penyokong tegar di seluruh negara. Menerusi pertandingan akhir di pentas Gegar Vaganza musim kelima semalam, penyanyi itu berjaya menjayakan persembahan battle bersama Billy Zulkarnain menerusi lagu Bunga dendangan asal Altimet sehingga mendapat sorakan orang ramai.

Namun disebalik kebangkitannya, ramai tidak tahu sebenarnya Zamani mempunyai penyakit Skoliosis. Sakit tulang belakang melengkung yang dialami sejak beberapa tahun lalu berisiko lumpuh sekiranya dia tidak menjalani pembedahan

Peratusan sembuh nipis

Menurut doktor, tulang belakang saya sudah bengkok teruk dan mencadangkan saya buat pembedahan. Ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya. Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus.

Menurut Zamani, sepanjang menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5) dia bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan sakit. Namun, dia tidak mahu menjadikan alasan sakit sebagai faktor kepada kualiti persembahannya.

Selalu lupa lirik

Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

Sebelum ini, pihak Pengasih pernah cuba nak bantu saya buat rawatan akupuntur, tetapi tak sempat nak buat susulan sebab sibuk dengan kerja.

Duit nak manfaatkan tujuan kesihatan

Kalau tanya sekarang, sejujurnya saya berat hati nak buat sebab takut jarum, namun apabila fikir jangka masa panjang dan kerjaya nyanyian, mungkin saya boleh pertimbangkan rawatan ini. Saya kena cuba dulu. Mana tahu ia boleh membantu.

Duit ini saya nak manfaatkan untuk tujuan kesihatan dan perkara penting lain dulu. Soal nak pakai untuk kahwin, tak ada dalam perancangan.

Duit kemenangan RM30,000 yang dimenangi Zamani semalam akan digunakan untuk menampung kos rawatan sakit tulang belakang itu. Sama-sama kita doakan kesihatan penyanyi lejen ini.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×