berita

‘Sering Terkejut & Mukanya Bertambah Pucat’ – Luluh Hati Ibu Bila Dapat Tahu Anak Diberi Dadah

June 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal selepas dipercayai diberi dadah jenis methamphetamine tidak menyangka keadaan anaknya itu berubah selepas dihantar pulang oleh sepupunya, semalam.

Artikel berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal Ada Dadah Dalam Badan, Bapa Saudara Ditahan Mengaku Bawa Pergi ‘Suatu’ Tempat

Letih dan pucat

Ibu mangsa yang berusia 36 tahun memberitahu, pada awalnya dia tidak mengetahui sepupunya itu membawa keluar anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu. Menurut ibunya lagi, dia telah keluar mencari anaknya itu sebelum suspek menghantar kanak-kanak tersebut pulang ke rumah.

Melihat kepada keadaan anak yang letih dan pucat, saya terus menidurkannya. Ketika sedang tidur, saya dapati dia sering terkejut beberapa kali dan mukanya bertambah pucat. Kira-kira pukul 1 pagi semalam, saya melihat keadaan anak saya semakin lemah seperti tidak bernafas. Saya mengesyaki dia lemas di sungai kerana keadaannya terlalu lemah selepas dihantar oleh suspek.

Berasa tidak sedap hati melihat keadaan anak pada masa tersebut, wanita ini nekad membawa anaknya ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut. Hati ibu mana yang tidak luluh apabila mendapat tahu bahawa anak bongsu menderita disebabkan oleh dadah.

Saya mengesyaki perbuatan ini dilakukan oleh sepupu yang juga bapa saudara anak saya ketika membawanya keluar dalam tempoh tiga jam. Sebelum ini, dia tidak pernah membawa anak saya keluar meskipun kerap datang ke rumah.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×