berita

Sering Wakili Malaysia, Atlet Freestyle Football Mohon Tajaan & Ini Respon ‘Sporting’ Syed Saddiq

March 25th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Menjadi seorang atlet freestyle football kurang mendapat perhatian di mata masyarakat kini. Sukan freestyle football sangat popular di luar negara terutamanya di Amerika sehingga ada platform dipertandingkan dalam kalangan anak muda.

Sebenarnya, Malaysia juga tidak terlepas dengan sukan ini. Seorang atlet freestyle football negara Mifzal Faiq melalui Twitternya, memohon tajaan kewangan dari Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq dan sukan ini perlu diberi perhatian.

Boleh Syed Saddiq beri tajaan?

Sebuah video pendek berdurasi 27 saat ini dimuatnaik Mifzal Faiq menyaksikan skill menimang bola yang dilakukannya. Pelbagai gaya dan free style dilakukan dengan kreatif dengan menggunakan sebiji bola. Dalam Tweet itu juga, dia mention nama Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq untuk diberi perhatian juga terhadap sukan freestyle football itu. Selain memohon tajaan untuk sukan sebegini diangkat di mata dunia.

Sudah banyak kali mewakili Malaysia

Mifzal Faiq turut kongsi beberapa foto sepanjang penglibatannya dalam sukan freestyle football di peringkat antarabangsa pada tahun lepas. Dia turut mengakui bahawa sukan ini kurang mendapat liputan media dan penajaan kewangan dari mana-mana pihak. Jadi, dia mengharapkan YB Syed Saddiq turut memberi tumpuan terhadap sukan ini.

Kami kekurangan sumbangan kewangan

I’ll do the best

Bagaimanapun, Tweet lelaki ini mendapat respon positif dari YB Syed Saddiq. Menteri Belia & Sukan itu akan cuba yang terbaik sedayanya untuk membantu menyalurkan bantuan kepada sukan freestyle football ini.

Video aksi hebat freestyle football

https://www.instagram.com/p/BtujfNxF_e9/

https://www.instagram.com/p/BtyOblTFhg6/

https://www.instagram.com/p/Bt5q5QZlfyh/

Sumber: Mifzal Faiq

SKIP THIS AD ×