berita

Serius Tak Kelakar! Stop Panggil Perempuan Yang Kahwin Lambat ‘Andartu’

June 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kadang-kadang bila lihat kawan rapat atau keluarga terdekat naik pelamin, bagi yang masih hidup bujang pasti akan terfikir bila pula giliran mereka untuk berkahwin. Lagi pressure bila ditanya soalan seperti ‘Bila nak kahwin?’ atau ‘Kau nak jadi andartu ka?’.

Menerusi Twitter Anis Ashaari, gadis ini kongsi kisah dirinya digelar ‘andartu’ oleh rakan lamanya sendiri. Lebih menggeramkan, rakannya itu menganggap ianya sebagai gurauan. Geramnya!

Selamat andartu

Menurut Anis, rakannya mengucap selamat andartu kepada dirinya kerana belum menemui jodoh pada usia 25 tahun. Tambahnya, rakannya itu meminta dirinya untuk tidak terlalu memilih dan mempunyai cita rasa yang tinggi terhadap pemilihan jodoh.

Life is not a competition

Melalui conversation tersebut, dia membalas bahawa soal jodoh bukan pertandingan siapa yang akan berkahwin terlebih dahulu. Kalau sudah sampai jodoh seseorang, pasti individu tersebut akan naik pelamin juga. Semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Selain itu, dia juga bengang apabila diperkatakan terlalu memilih dalam soal jodoh.

Just reminds you

Menurut rakannya, dia sekadar mengambil berat dan mengingatkan gadis itu berkaitan jodoh. Tambahnya, ianya merupakan sekadar jenaka malah tidak bermaksud untuk menyakiti gadis itu.

Andartu is never a joke

Soal andartu bukannya sesuatu jenaka menurut Anis, kerana dia percaya dengan ketentuan Allah. Tambahnya, seseorang individu tidak perlu memberitahu orang lain apabila dia memohon sesuatu daripada Allah.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen termasuk Adibah Noor memberi semangat buat gadis tersebut supaya tidak bersedih. Menurut netizen, tidak semestinya orang yang belum berkahwin tidak akan bahagia kerana terdapat juga masalah yang akan wujud dalam rumah tangga bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Sumber: Anis Ashaari

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×