berita

Serlahkan Kreativiti Korang Dengan Peraduan Reka Corak F&N & Bawa Pulang Hadiah Lumayan!

August 23rd, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Tak sabar rasanya menunggu detik 31 Ogos tahun ini yang menandakan 65 tahun negara kita sudah merdeka. Kalau korang perasan, ramai yang dah mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan menggantung bendera di sekolah, pejabat dan kawasan perumahan. Yelah, setahun sekali je nak sambut Hari Kebangsaan ni, mestilah kena bersemangat!

Cakap pasal semangat kemerdekaan, sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara tahun ini, F&N menganjurkan satu peraduan reka corak Dulu, Kini, Selalu F&N. Yang bestnya, pemenang yang bertuah bakal membawa pulang hadiah seperti Dell Precision 5560 Workstation, Samsung Galaxy Tab, wang tunai dan banyak lagi. Bestnya!

Mesti korang nak tahu lebih banyak tentang peraduan ni kan? Jom kami kongsikan!

Beli produk F&N, reka dan menang!

Cara nak sertai peraduan ni pun mudah je. Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1

Untuk penyertaan, korang hanya perlu beli mana-mana produk F&N bernilai RM6.50 dalam satu resit pembelian.

Langkah 2

Muat turun templat lakaran di sini. 

Langkah 3

Reka corak mengikut kreativiti korang.

Langkah 4

Isi borang penyertaan untuk pendaftaran di sini.

Langkah 5

Muat naik bukti pembelian dan lakaran korang di sini. 

Sebelum menghantar borang peraduan, jangan lupa untuk tulis nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad korang di depan resit dan pastikan gambar resit tersebut jelas dan boleh dibaca.

Kalau korang nak tahu, karya yang akan dipilih menjadi pemenang bukan sahaja dinilai dari segi kreativiti, malah dari aspek lain berdasarkan kriteria seperti di bawah:

1. Kreativiti dan keaslian tema reka bentuk yang digambarkan – 30%

2. Kualiti komposisi artistik, teknik, keseimbangan warna dan reka bentuk keseluruhan berdasarkan tema – 30%

3. Tafsiran, kejelasan dan kesan tema reka bentuk – 20%

4. Kesan keseluruhan reka bentuk – 20%

Peraduan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan akan berlangsung sehingga 30 September 2022. Manakala, pemenang pula akan diumumkan pada 31 Oktober 2022 ini!

Ini antara hadiah-hadiah lumayan yang korang bakal menangi !

Bukan biasa-biasa tau hadiah yang disediakan. Memang semuanya gempak-gempak belaka!

Antara hadiah-hadiah yang korang bakal miliki adalah seperti berikut:

Hadiah Utama x1

  • Laptop Dell Precision 5560 Workstation bernilai RM17,616
  • Wang tunai bernilai RM10,000
  • Produk F&N bernilai RM1,000

Hadiah Pertama x1

  • HP Spectre x360 Convertible (Core i7) bernilai RM7,099
  • Wang tunai bernilai RM8,000
  • Produk F&N bernilai RM800

Hadiah Kedua x2

  • Samsung Galaxy Tab S7 + Android Tablet bernilai RM4,599
  • Wang tunai bernilai RM5,000
  • Produk F&N bernilai RM500

Hadiah Sagu Hati x62

  • HONOR X9 4G 8GB + 128GB Smart Phone bernilai RM1,099
  • Wang tunai bernilai RM500
  • Produk F&N bernilai RM200

*Tertakluk terma dan syarat.

Wow, agaknya siapalah yang bertuah dan akan memegang gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah utama tu kan. Mungkin koranglah pemenang yang kami cari!

Jadi, apa tunggu lagi, jom beli produk F&N dan serlahkan bakat korang dengan sertai peraduan Dulu, Kini, Selalu F&N! 

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, korang boleh layari laman web rasmi F&N atau Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×