berita

Syoknya Dapat Layari Facebook & Twitter Tanpa Had Hanya Dengan Hotlink Social Edition

May 8th, 2013 | by Ai
Shout Out!

Hotlink

Ini ada berita baik untuk semua pelanggan setia Hotlink, di mana Hotlink memperkenalkan pakej terbaru mereka yang dikenali sebagai Hotlink Social Edition.

Pakej terbaru ini akan memberi perkhidmatan terbaik untuk anda yang gemar melayari Facebook, Twitter dan WhatsApp tanpa had secara terus menerus dari telefon pintar anda.

Apakah keistimewaan Hotlink Social Edition?

Hotlink 1

Sekiranya anda pelanggan setia Hotlink, anda hanya perlu tambah nilai Hot Tiket Hotlink bernilai RM10 untuk menerima perkhidmatan berupa :

  • Layari Facebook, Twitter dan WhatsApp tanpa had.
  • Menerima kredit bernilai RM7 untuk semua panggilan dan SMS tempatan.
  • Kuota data sebanyak 100 MB sepanjang hari atau 1GB bemula jam 2 pagi hingga 7 malam. Sah untuk 5 hari.

Hotlink

Namun begitu, jika anda pelanggan baru Hotlink, anda juga layak menerima perkhidmatan yang sama, cuma tambah nilai Hot Tiket Hotlink serendah RM10 dan anda layak menerima perkhidmatan berupa:

  • Layari Facebook, Twitter dan WhatsApp tanpa had.
  • Menerima kredit RM5 untuk semua panggilan dan SMS tempatan.
  • Kuota data sebanyak 50 MB dan sah untuk 5 hari langganan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Hotlink Social Edition, anda boleh layari laman rasmi Hotlink di  http://www.hotlink.com.my/social.

SKIP THIS AD ×