berita

Sertai Operasi Mencari Mangsa Tanah Runtuh Di Penang, Bapa Ini Terkejut ‘Tarik’ Mayat Anak

October 22nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sekarang ini cuaca sentiasa tidak menentu dan sudah banyak kali bencana alam berlaku di serata dunia. Terbaru, lagi satu kejadian tanah runtuh berlaku di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Kejadian dikatakan terjadi akibat hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari Jumaat. Kejadian itu telah menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala tiga lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah tersebut. Walaubagaimanapun, operasi pencarian masih dijalankan.

Tarik mayat anak sendiri

Hancur hati seorang bapa apabila jasad kaku yang ditarik bersama-sama anggota penguat kuasa di tapak tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong adalah tubuh anak lelakinya. Asman Hamid, 62, menarik mayat anaknya, Samsul, 19, daripada timbunan tanah ketika turut menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tanah runtuh yang terjadi di kawasan itu.

Kisah tersebut telah dikongsi oleh ibu saudara mangsa;

Bapanya (Asman) turut bersama-sama polis dan bomba ketika mencari anaknya. Dia turut tanggalkan kasut dan korek tanah kemudian tarik Samsul dari tanah itu.

Mereka (Asman dan isteri) kemudian menaiki trak polis bersama-sama jasad Samsul ke hospital.

Ibu saudaranya berkata bahawa pihak keluarganya membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah Samsul ke Indonesia selepas selesai proses bedah siasat.

Baru bekerja dua bulan

Sementara itu, Asman berkata beliau terima panggilan daripada salah seorang rakan anaknya yang meminta untuk bergegas ke tempat tanah runtuh tersebut. Selepas itu, Asman terus menaiki teksi dari rumah mereka di Sungai Nibong.

Ada kawan dia telefon sama saya minta ke situ. Saya tahu (mengenai kejadian)  lepas keluar sembahyang Jumaat, sampai sahaja di rumah isteri sudah menangis.

Asman turut berkata bahawa dia memiliki taraf penduduk tetap manakala anaknya Samsul pula baru tiba dan baru bekerja di Malaysia selama dua bulan.

Samsul dan adik beradik yang lain tinggal di Buton Tengah, Sulawesi bersama-sama nenek mereka. Samsul sahaja yang datang ke Malaysia, yang lain masih di kampung.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.