berita

Sertai Peraduan Vlog #BeAnovaStar Untuk Memenangi Produk HUAWEI Bernilai Lebih RM7,000!

November 24th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Akhirnya, HUAWEI nova 9 kini telah berada di pasaran Malaysia secara rasmi dengan ciri fotografi yang sangat premium dan prestasi yang berkuasa untuk kegunaan seharian korang tau. Bestnya!

Kini korang bolah rasai pengalaman yang menarik ini bermula 20 November 2021 di HUAWEI Experience Store dan korang juga boleh memenangi hadiah percuma yang menarik seperti HUAWEI Band 6 dan banyak lagi. WOW!

Apa yang menarik lagi, sempena pelancaran jualan HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia telah menganjurkan peraduan vlog #BeAnovaStar, di mana korang berpeluang memenangi produk HUAWEI yang bernilai lebih RM7,000!

Mesti korang tak sabar nak join kan? Jom kita tengok cara nak join peraduan ni.

Rakam vlog kreatif pun boleh menang hadiah lumayan!

Korang jangan lupa join, lebih-lebih lagi yang kaki vlog tu boleh lah join peraduan vlog #BeAnovaStar ni dan kongsikan vlog kreatif korang kat semua orang.

Peraduan vlog #BeAnovaStar kini berlangsung sehingga 19 Disember 2021 dan para peserta boleh memenangi HUAWEI MateBook 14, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT2 Pro yang bernilai lebih daripada RM7,000!

Haa ni yang buat lagi excited nak join peraduan vlog #BeAnovaStar!

Berikut ialah langkah-langkah untuk korang menyertai peraduan vlog #BeAnovaStar :

  • Rakam vlog kreatif minimum selama 1 minit dengan mana-mana telefon pintar siri HUAWEI nova
  • Siarkan video tersebut di Facebook (tontonan umum) & hashtag #BeAnovaStarVlog dan tag @HUAWEIMobileMY
  • Salin pautan siaran dan tampalkannya di bawah bahagian komen sini

Untuk pengetahuan korang, peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Selagi korang pengguna telefon pintar siri nova HUAWEI dan pengguna yang berdaftar dengan HUAWEI Community Malaysia, korang layak menyertai peraduan ini.

Apa tunggu lagi, dapatkan telefon HUAWEI nova dan mula rakam vlog sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik Sini dan jangan lupa untuk baca terma dan syarat di Sini

HUAWEI roadshow kini kembali dengan tawaran yang lebih menarik!

Kalau korang nak tahu, HUAWEI nova 9 dijual pada harga RM1,999 dan korang bolah dapatkannya mulai 20 November 2021 ni di semua HUAWEI Experience Stores dan HUAWEI Store Online.

Apa tunggu lagi cepat dapatkan HUAWEI nova 9, jadi korang boleh menikmati pelbagai promosi menarik, cabutan bertuah dan hadiah percuma!

Mulai sekarang sehingga 28 November 2021 pula, 30 pelanggan pertama yang membeli nova 9 di roadshow Pavilion KL, akan menerima HUAWEI FreeBuds Pro dan HUAWEI Standard Gift Bundle Box. WOW!

Sebenarnyakan, banyak lagi tawaran yang lagi best HUAWEI akan berikan kepada pengguna HUAWEI. Korang nak tau tak apa?

Bagi pengguna baharu yang mendaftar untuk percubaan pertama korang bakal ditawarkan :

  • Percuma sebulan 50GB cloud storage
  • Percubaan sebulan percuma HUAWEI Video + Unlimited Pass
  • Percubaan tiga bulan percuma HUAWEI Music Premium
  • Kredit buku percuma HUAWEI Books
  • Pek hadiah permainan percuma di HUAWEI AppGallery
  • Diskaun 30% untuk Tema HUAWEI yang terpilih

Bagi pengguna sedia ada yang mendaftar untuk percubaan percuma tetapi telah menamatkan langganan bulanan, mereka bakal ditawarkan :

  • 50GB cloud storage untuk RM1 atau 200GB untuk RM3 bagi bulan pertama
  • Sebulan HUAWEI Video + Unlimited Pass dengan harga serendah RM1
  • Dua bulan HUAWEI Music Premium dengan harga serendah RM1 sebulan
  • Diskaun 30% untuk Tema HUAWEI yang terpilih
  • Pek hadiah permainan percuma di HUAWEI AppGallery
  • Tebus baucar diskaun 15% untuk Hungry daripada HUAWEI Member Center App
  • Tebus baucar diskaun RM5 untuk Caring Pharmacy daripada HUAWEI Member Center App

Apa istimewanya HUAWEI nova 9 ni?

Telefon pintar HUAWEI ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, sekaligus membuatkan korang kena jadikannya sebagai telefon pintar pilihan pertama korang!

1. Abadikan detik terindah dengan sistem kamera ultra vision RYYB utama 50MP

Dilengkapi dengan Sistem Kamera Ultra Vision 50MP RYYB, HUAWEI nova 9 membolehkan pengguna menangkap foto yang berkualiti tinggi setanding dengan kamera pro-gred dalam semua senario, seperti merakam foto malam, panorama, potret atau jarak dekat.

Ia juga dibina dengan Kamera Ultra Vision 50MP, Kamera Sudut Ultra Lebar 8MP, Kamera Kedalaman 2MP dan Kamera Makro yang membolehkan tangkapan dekat sehingga 4cm.

Mempunyai sensor 1/1.56 inci yang besar dengan susunan penapis warna RYYB untuk 40% lebih pengambilan cahaya buat kali pertama dalam sejarah siri nova, meningkatkan imej dengan lebih jelas untuk kualiti imej yang tulen.

Ia menggunakan teknologi XD Fusion Engine yang boleh didapati di peranti flagship HUAWEI, yang menggunakan teknik fotografi yang canggih untuk meningkatkan perincian dan kualiti imej dengan sangat baik.

2. Rekaan baharu dengan paparan imersif 120Hz

HUAWEI nova 9 ni juga, sangat ringan dan nipis dengan berat hanya 175g dan kenipisan 7.77mm, memberikan keselesaan apabila korang simpan di poket atau memegangnya.

Tidak ketinggalan HUAWEI nova 9, didatangkan dengan proses Starry Flash AG Glass baharu dan Star Orbit Ring yang ada pada kamera belakang. Rekaan yang diilhamkan daripada bintang ini akan mempersembahkan bahagian belakang kaca nipis agar kelihatan mempersonakan dan menarik perhatian korang. Bestnya!

Didatangkan juga dengan warna yang menarik, Starry Blue dan Black, sangat sesuai buat sesiapa sahaja yang menggunakannya! Ia juga masih mengekalkan kemasan matte mewah dengan tekstur halus untuk sentuhan yang lebih berkualiti.

3. Prestasi ultra dengan 66W HUAWEI SuperCharge

Menampilkan bateri 4300mAH proprietari dengan skim pengurangan kuasa yang sistematik. Ia juga didatangkan dengan SuperCharge HUAWEI 66W, memberikan pengalaman pengecasan sepantas kilat tau.

Korang hanya perlukan 38 minit untuk pengecasan penuh. Mantap!

HUAWEI nova 9 juga menampilkan sistem penyejukan yang berkuasa menggunakan filem penyejukan VC Liquid Cooling dan Graphene, yang boleh menghilangkan haba dan menyejukkan telefon pintar dengan cepat semasa menjalankan aplikasi intensif sumber atau apabila menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan atau menonton filem pada jangka masa yang lama.

4. Semua dalam satu dengan Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI Mobile Service (HMS)

HUAWEI kini berazam untuk menyediakan semua kemudahan kesalinghubungan dalam ekosistemnya untuk memudahkan pengguna mereka.

Korang sebagai pengguna Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI Mobile Service (HMS), terdapat banyak promosi dalam aplikasi eksklusif, pemberian, rebat, kupon dan Mata HUAWEI yang boleh dituntut.

HUAWEI AppGallery mengandungi semua aplikasi yang korang perlukan untuk kegunaan harian korang, seperti komunikasi, permainan, perbankan, e-dompet, membeli-belah dan banyak lagi. Mudah kan!

Dengan HUAWEI nova 9, jadilah pencipta kandungan segera menggunakan rangkaian keseluruhan aplikasi berkuasa seperti Tiktok, editor foto, kamera 360 dan banyak lagi, di hujung jari korang melalui HUAWEI AppGallery.

Jangan risau HUAWEI AppGallery kini boleh diakses menggunakan hanya satu ID HUAWEI sahaja.

Korang juga boleh terokai Petal Search, enjin carian mudah alih dikuasakan oleh AI yang memudahkan korang mencari hampir apa sahaja dalam talian.

Dengan Petal Map kini juga tersedia pada HUAWEI WATCH 3 Series, korang boleh memindahkan data navigasi daripada HUAWEI nova 9 korang terus ke jam tangan pintar. Mudah kan!

Siap ada HUAWEI NEXT-IMAGE Awards 2021 lagi!

Anugerah NEXT-IMAGE 2021, bertujuan untuk membolehkan pengguna HUAWEI menerokai kemungkinan dengan peranti mereka.

Anugerah NEXT-IMAGE 2021 Komuniti HUAWEI Malaysia ini terbuka kepada korang yang minat dalam bidang fotografi ni, untuk merakam detik terbaik dalam hidup korang dengan menggunakan telefon pintar HUAWEI.

Peraduan ini terbahagi kepada 10 kategori yang menggalakkan pencipta kandungan peranti HUAWEI untuk menunjukkan kemahiran fotografi mereka dan berkongsi kreativiti mereka.

Korang jangan risau lah sebab anugerah ni memang,  terbuka untuk semua orang jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat terpendam korang tau.

Bagi memperingati pelancaran HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia telah menawarkan hadiah istimewa untuk Imej Terbaik Diambil pada Siri nova, hanya untuk pengguna telefon pintar siri HUAWEI nova sahaja.

Apa tunggu lagi, jangan lupa join tau sebab anugerah ni akan berakhir pada 30 November 2021. Masih belum terlambat untuk korang dapatkan telefon pintar HUAWEI nova 9 ni!

Jangan lupa hantar karya fotografi dan video korang melalui Komuniti HUAWEI untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

HUAWEI nova 9 kini boleh didapati di seluruh negara dengan hanya RM1,999, beli sekarang dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM130. WOW!

Mesti korang excited kan? Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari laman web HUAWEI  atau HUAWEI Experience Store dan untuk pembelian di atas talian korang boleh dapatkan di Lazada & Shopee.

SKIP THIS AD ×