berita

Sertai Sambutan Hari Kebangsaan Di Dengkil Dengan Pelbagai Bengkel Menarik, Face Painting & Banyak Lagi!

August 22nd, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: LBS Bina Group & Freepik

Korang tahu tak korang berpeluang untuk bawa pulang baucar hotel bernilai sehingga RM445,000!

Iyaa..sempena Hari Kebangsaan ini, pemaju hartanah LBS Bina Group (LBS) ingin memberi ganjaran kepada pemilik rumah dan bakal pembeli sedia ada dengan banyak hadiah menarik. Yay!

Dalam semangat Hari Kebangsaan ini juga, mereka melancarkan kempen ‘Satu Rumah. Satu Komuniti. Satu Bangsa.’ dengan harapan untuk memupuk rasa kekitaan dan kepuasan yang mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia.

LBS komited untuk bantu korang cari rumah idaman!

Apabila mencari rumah, adalah penting untuk mencari tempat yang membuatkan korang rasa selamat. Untuk memastikan perkara ini, LBS komited untuk membantu korang mencari rumah idaman korang dengan mempromosikan konsep rumah dalam komuniti.

Pada 26 Ogos, LBS akan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan di mana korang dan orang tersayang boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan, ganjaran, makanan dan banyak lagi!

Pada sambutan satu hari tersebut, pemilik rumah LBS boleh mendapat banyak faedah dan keistimewaan, di mana LBS akan mengadakan LBS Perks & Plusses Loyalty Programme.

Jadi, jika korang merupakan pemilik hartanah LBS, korang mesti tak mahu lepaskan peluang ini kerana korang juga akan menikmati tawaran daripada rakan kongsi LBS. Antara rakan kongsi mereka adalah termasuk ZUS Coffee, Gintell, Acson, Goodnite, KiddoCare dan banyak lagi.

Berikut adalah butiran program:
Tarikh: 26 Ogos 2023
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Galeri Jualan KITA@Cybersouth, Dengkil

Acara tanpa makanan mesti terasa hambar, betul tak? Pada sambutan Hari Kebangsaan yang meriah ini, para hadirin akan menikmati makanan tempatan yang lazat seperti kambing golek, cendol dan sate. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk korang dan yang tersayang sertai, seperti bengkel DIY cup coaster, stesen lukisan beruang bata, photobooth dan banyak lagi.

Korang juga boleh mencuba nasib untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti PlayStation 5, kerusi urut dan pembersih udara. Wow!

Buat korang yang berminat untuk beli hartanah dengan LBS boleh menuntut bahagian baucar hotel bernilai RM445,000!

Bermula dari sekarang hingga 30 September, LBS akan memberikan baucar 2 Hari 1 Malam Hotel SCAPES kepada 550 rakyat Malaysia pertama yang membeli hartanah LBS!

Dengan kempen Fabulous Extra 2023 LBS yang sedang berlangsung, pembeli rumah LBS juga boleh rebut tawaran hebat bernilai sehingga RM1.5 juta!

Nak beli rumah ni memang telan kos yang tinggi, jadi sangat bagus apabila korang dapat menjimatkan wang dengan tawaran yang dikeluarkan daripada LBS. Yang lagi best, LBS juga akan menampung caj MOT korang, woohoo!

Berikut ialah beberapa tawaran yang boleh korang nikmati apabila membeli rumah dengan LBS:
– Pakej perabot
– Ganjaran kesetiaan
– Yuran guaman percuma
– Skim pembayaran fleksibel
– Sifar bayaran keluar
– Yuran tempahan yang rendah

Apa yang korang perlu lakukan adalah beli rumah berharga lebih daripada RM300,000 daripada projek Kumpulan Syarikat LBS Bina terpilih, dari sekarang sehingga 31 Disember 2023.

Semak terma dan syarat di sini.

Jadi, apa tunggu lagi? Sertai sambutan Hari Kebangsaan LBS di KITA@Cybersouth atau layari laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut!

SKIP THIS AD ×