Pelakon, Tiz Zaqyah menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan pelakon yang terpilih bagi Pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical sambil meluahkan rasa teruja apabila projek impian itu akhirnya menjadi kenyataan selepas penantian yang panjang.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Seronok Ada Dalam Set, Rasa Anxiety & Tak Sabar Nak Balik Rumah’ – Tiz Zaqyah

Artikel Berkaitan: ‘Selalu Tanya Cameraman Shoot Muka Siapa Paling Best, Jawapan Dia Fazura Setiap Angle Cantik’ – Tiz Zaqyah

Uji bakat yang paling mencabar

Menerusi satu hantaran di Threads, Tiz Zaqyah atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, mendedahkan antara perkara paling berani yang dilakukannya tahun ini adalah menghadiri sesi uji bakat bagi Pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.

Ujarnya lagi, sesi uji bakat tersebut disifatkan sebagai antara yang paling mencabar kerana memerlukan gabungan nyanyian, lakonan dan tarian dalam satu masa.

Tahniah kepada semua barisan pelakon yang terpilih untuk Puteri Gunung Ledang 2026.

Tak sabar, akhirnya projek impian ini bakal direalisasikan selepas sekian lama dinantikan.

Dan semestinya ini perkara paling berani yang saya lakukan tahun ini iaitu memberanikan diri untuk keluar dan menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang, dan saya berjaya melakukannya.

Ini adalah antara uji bakat paling mencabar pernah saya sertai kerana perlu menyanyi, berlakon dan menari sekali.

Sumber inspirasi

Dalam pada itu, aktres drama ‘Nur Kasih’ turut merakamkan penghargaan kepada semua penggiat teater yang sentiasa memberikan persembahan terbaik di pentas.

Saya sangat hormat buat semua penggiat teater yang hebat menguasai pentas.

Sehubungan itu, Tiz menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mila Mohsin, anak kepada Tiara Jacquelina, yang menjadi inspirasi kepada ramai penggiat seni.

Terima kasih untuk anak perempuan Tiara Jacquelina, kerana sentiasa menjadi sumber inspirasi dan semangat buat kami semua.

Sumber: Threads