berita

Sesak Dekat Terminal Feri Kuala Perlis, Netizen Risau Wujud ‘Kluster Langkawi’

August 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral beberapa foto di terminal jeti Kuala Perlis menyaksikan ramai pelancong tempatan sesak dan melanggar SOP penjarakan sosial seperti mana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Difahamkan, situasi tersebut berlaku adalah kerana beberapa perjalanan feri ke Pulau Langkawi ditunda untuk beberapa jam.

Sehubungan itu, netizen bimbang tercetusnya kluster Covid-19 yang baharu memandangkan negeri Kedah dan Perlis kini dalam zon merah semula. Sudah tentu ramai yang terkejut dan bimbang setelah menyaksikan apa yang berlaku di terminal jeti Kuala Perlis.

Perjalanan feri ditunda

Terdapat beberapa perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa ditundakan jadual. Hal tersebut adalah dipercayai kerana faktor fenomena air surut. Bukan itu sahaja, ada segelintir keluarga juga datang awal menunggu di terminal sebelum waktu berlepas.

Pelik betul…

Pengguna Facebook meluahkan rasa kurang berpuas hati apabila situasi tidak sewajarnya berlaku dalam keadaan Covid-19. Rakyat Malaysia dinasihatkan perlu peka dengan perkembangan semasa Covid-19 bagi mengetahui zon keselamatan dari jangkitan berlaku.

Tutup sekolah!

Malah, ada juga bersuara memarahi segelintir para ibu bapa yang bertegas memohon sekolah ditutup dek kerana takut menjangkiti anak-anak mereka di sekolah. Namun, situasi sebegini pula yang berlaku apabila menjelang cuti persekolahan, ramai ibu bapa membawa anak-anak bercuti sehingga alpa dengan wabak berbahaya ini.

Ada juga yang mencadangkan agar pihak berkuasa mengenakan denda sebanyak RM1,000 kepada pengunjung.

Gelang pink di airport

Sementara itu, memetik laporan BH Online, di media sosial kecoh dengan kelibat seorang lelaki yang memakai gelang pink yang berdiri di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Lelaki warga Perancis itu dilaporkan tiba di Langkawi dari KLIA.

Difahamkan, individu itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris sebelum tiba di KLIA. Ketika di KLIA lelaki itu didakwa sudah disaring petugas KKM. Keputusan adalah negatif COVID-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di rumahnya di Pantai Chenang.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, BH Online

SKIP THIS AD ×