berita

Sesi LIVE TikTok Bersama Pihak MIASA Malaysia Serta Pempengaruh Aminahtul Mardiah Terima Respons Positif!

November 14th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Oktober lalu, TikTok dengan kerjasama pihak OHBULAN!, MIASA Malaysia serta influencer Aminahtul Mardiah telah menjayakan satu sesi LIVE di TikTok dengan membawakan topik “Adakah anda burned-out?“!

Sepanjang sesi LIVE tersebut berlangsung, boleh lihat kebanyakkan pengguna TikTok meninggalkan komen serta reaksi dimana mereka juga meluahkan rasa “burned-out” yang sama dan kebanyakkan daripada mereka juga tidak pasti cara untuk mengatasi dan tak kurang juga yang rasakan bahawa ianya tidak normal.

Seramai 200k pengguna TikTok join LIVE tersebut!

@ohbulanofficial Korang pernah mengalami ‘Burnout’? Macam mana ‘Burnout’ tu boleh berlaku? ??#ohbulan #bestiespaperoger #mentalhealthawareness #kekalsihat @Miasa?Malaysia ? Superficial Gesture – DJ BAI

Apa yang menjadikan sesi LIVE ni lagi best dan bermanfaat sehingga mencapai 200k viewers ialah TikTok membawakan seorang influencer yang dikenali ramai iaitu @aminahtulmardiah, seorang peguam, penulis dan juga seorang produser yang tanpa lelah membuat content-content menarik dan selalu merungkai isu-isu yang sedang hangat diperkatakan dari sudut seorang peguam.

Memang best bila tengok video-video @aminahtulmardiah ni sebab banyak ilmu yang kita boleh dapat. Kadang-kadang ada perkara yang korang ingat korang dah tahu sepenuhnya, tapi ada lagi yang tertinggal. Ada tu apa yang kita tahu selama ini sebenarnya salah pula tu. Memang onz sangat, wajib follow!

Tetamu kedua pula ialah Puan Anita Abu Bakar yang merupakan Mental Health Peer dan pengasas MIASA (Mental Illness Awareness & Support Association) Malaysia.

Puan Anita ni seringkali mengajak orang ramai untuk memahami dengan lebih mendalam lagi para-para pejuang kesihatan mental ni. Penjelasan dari beliau selalunya padat dan jelas. Jadi, sesiapa yang dengar beliau cakap mesti akan rasa didengari dan disokong.

Sesi LIVE ini juga dihostkan oleh salah seorang host OHBULAN iaitu Ash Nordin.

Apa topik-topik yang dibincangkan semasa sesi LIVE tersebut?

@ohbulanofficial Korang ada ke tanda-tanda tersebut? Cuba korang check balik! ??#ohbulan #bestiespaperoger #mentalhealthawareness #kekalsihat ? original sound – OHBULAN!


Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana untuk memahami burn-out ini, cara untuk mengenalpasti perbezaan burn-out dan produktiviti serta beberapa tips praktikal atau perubahan gaya hidup yang boleh membantu menguruskan tekanan dan elak burn-out.

Selama sejam sesi LIVE tersebut berjalan, boleh dikatakan penonton tanpa henti komen dengan mengatakan bahawa mereka setuju, ada juga yang meluahkan isi hati, tak kurang juga yang meminta pandangan serta komen terhadap isu burn-out dan dijawab dengan baik oleh kedua-dua tetamu.

TikTok juga menyediakan platform khas untuk kesihatan mental

TikTok Digital Wellness Hub  menawarkan informasi, sokongan serta akses kepada helpline dan servis telehealth. Pihak TikTok juga memilih profil-profil creator sering berkongsi mengenai kesihatan mental, pengalaman mereka serta kepakaran mereka mengenai isu ini.

Usaha ini dilakukan oleh pihak TikTok untuk memberikan informasi yang tepat kepada audience yang lebih besar serta mewujudkan kumpulan sokongan untuk membantu individu-individu yang ingin mendapatkan bantuan.

Ianya lantas dapat memberikan impak kepada pemahaman mengenai kesihatan mental dikalangan masyarakat dan memerangi stigma dan menghapuskan stereotaip mengenai penyakit mental.

Semoga usaha ini dapat memberikan kebaikan kepada para penonton yang sedang berjuang dengan penyakit mental dan mendapat bantuan yang diperlukan.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×