berita

Sesi Pembelajaran Di TV Untuk Pelajar Bermula Minggu Depan

April 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menteri Pendidikan iaitu Dr Mohd Radzi Md Jidin bercadang untuk mengambil langkah pendekatan pembelajaran di televisyen bagi membantu para pelajar menuntut ilmu. Sesi pembelajaran itu akan disiarkan menerusi saluran baharu iaitu TV Okey di RTM bermula minggu hadapan.

Bukan semua pelajar ada akses internet

Memetik laporan BH Online, Dr Mohd Radzi Md Jidin program pendidikan ini akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting. Bagaimanapun, inisiatif tersebut turut membantu rakyat yang tidak mempunyai akses internet.

Pendekatan ini diambil bagi memberi ruang kepada pelajar yang tiada akses kepada internet tetapi dapat akses kepada televisyen. Kita sedar bukan semua pelajar mendapat akses internet.

Pendekatan ini diambil kementerian untuk memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh ini.

Kaedah terbaik untuk pelajar

Malah, program ini turut memberi kelonggaran kepada guru untuk menentukan kaedah terbaik yang boleh diguna pakai. Hal ini adalah bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Bagaimanapun, pihak kerajaan turut menjalankan soal kaji selidik untuk melihat peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah ketika mereka berada di rumah sebelum mengambil keputusan tersebut.

Hasil dapatan daripada kaji selidik itu, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus.

Memang betul ada akses kepada internet tetapi kebanyakannya hanya melalui telefon pintar dan ini adalah satu kekangan terutama apabila pembelajaran itu terlampau rumit sekaligus menyebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×