berita

Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan!10X SME Bina Bisnes Berjaya Cipta Fenomena Buat Usahawan PKS!

September 23rd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Salah ke nak berangan? Salah ke nak ubah nasib hidup?

Sebenarnya tak ada rahsia apapun untuk menjadi jutawan ataupun usahawan yang berjaya jika korang mendapatkan bimbingan daripada mentor yang betul.

Korang percaya tak kalau min cakap, ada seorang penternak itik ni telah berjaya menjadi kontraktor yang hebat dan dikenali? Haaa…Macam tak percaya kan?

Nak berjaya kena usaha!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah kepada Anjung Impian Development Sdn. Bhd., Hasni Ahmad, meskipun beliau merupakan pelajar lepasan perakaunan, ianya tidak menjanjikan apa-apa kejayaan dalam bisnes penternakannya sebelum ini.

Pada awalnya, beliau menyangkakan bisnes penternakan telur itik ini akan membuahkan hasil, tapi malang tak berbau, bisnes ini lingkup disebabkan oleh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid 19 pada ketika itu.

“Waktu itu memang stres. Masa itu saya muda lagi, rasa hampir gila dibuatnya bila dikenangkan kembali. Itulah kerugian paling besar yang pernah terjadi dalam hidup saya” – Hasni Ahmad

Biarpun kecewa dengan apa yang terjadi, beliau tidak pernah mengalah malah terus bangkit dengan menjadi peniaga ayam dan daging di pasar, mana tahu nasibnya berubah.

“Sewaktu berniaga di pasar pendapatan kami kadang-kadang hanyalah RM15 sahaja!” – Hasni Ahmad

Kalau dah bukan rezeki kita, maka bukanlah! Min selalu pegang dengan kata-kata ni ‘rezeki tidak pernah salah alamat’, kita sebagai manusia kena sentiasa redha dan teruskan berusaha sehinga berjaya.

Tak ada yang muncul setelah kegelapan selain cahaya!

“Pada ketika itu, saya rasa saya hanya ada satu pilihan saja iaitu belajar. Saya nampak bidang pembinaan ini boleh membantu saya mencapai impian untuk menjadi kaya” – Hasni Ahmad

Walaupun beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang pembinaan, beliau tidak malu untuk belajar dari bawah.

Dari seorang yang tak ada latar belakang pasal pembinaan, nak jadi kontraktor bukan sesuatu yang mudah ya. 

“Disebabkan tak tahu, saya Google macam mana nak jadi seorang kontraktor. Memang itulah yang saya taip sebab waktu tu saya dan keluarga rasa sangat tertekan sangat sebab tak ada duit” – Hasni Ahmad

Berkat semangatnya yang tidak pernah putus asa, maka terciptalah Anjung Impian Development Sdn. Bhd. ini.

Segala-galanya berubah 360 darjah selepas beliau menyertai program Bina Bisnes Berjaya.

“Di situlah bermulanya perjalanan saya bersama Spire, walaupun waktu itu duit saya cukup-cukup makan saja selepas bayar wang pendahuluan, memang tinggal ‘ngam-ngam’ tapi saya pasrah sahajalah.”- Hasni Ahmad

Nasib baik ada RichWorks ini, sebab mereka memang akan bantu usahawan sehabis baik untuk sentiasa merebut peluang yang ada dan set kan mindset kita untuk terus maju.

Segalanya membuahkan hasil, apabila beliau melihat perkembangan bisnesnya berbanding dulu dan tidak menyangka dapat mencapai jualan tujuh angka dalam masa enam bulan sahaja. Wow!

Beliau sangat terinspirasi dengan kata-kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa matlamat kita perlulah jauh supaya kita tahu apa yang boleh diatur dalam hidup ini.

Nak berjaya ingat RichWorks!

Korang tahu tak, daripada keluasan syarikat yang dulunya 200 kaki persegi kini dah jadi 2,500 kaki persegi membuatkan Hasni Ahmad bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan beliau akan memastikan syarikatnya terus berkembang dari hari ke hari.

Bukan setakat tu je, tahun lepas Anjung Impian juga dah berjaya meraih jualan sebanyak RM2.6 juta beb. Memang hebat lah!

“Sebelum ini, jumlah jualan hanya sekitar RM150,000 ke RM200,000 sahaja. Memang saya di bawah bimbingan RichWorks buat gila-gila” – Hasni Ahmad

Beliau juga berazam untuk pergi ke pementoran Titanium dan salah seorang speaker di RichWorks, Tuan Nasrul Hadi Shukran sendiri telah menunjukkan pelan yang perlu diaturnya agar beliau dapat mencapai impian tersebut.

Siapa je tak nak jadi jutawan betul tak? Hasni Ahmad juga berazam untuk jadi jutawan di usia 30-an atau lagi awal lagi bagus.

“Saya sangat teringin nak lihat syarikat ini masuk ke dalam senarai tender projek mega di Malaysia dan menjadi sebuah syarikat pembinaan yang mampu bertanding di pentas global.” – Hasni Ahmad

Pssttt…Betul ke, Hasni Ahmad bakal dapatkan kontrak bersihkan Masjidil Haram? Haaaa…..Kalau ada rezeki, adalah. Beliau akan berusaha sampai ianya jadi kenyataan.

Beliau juga berharap satu hari nanti Anjung Impian akan ada cawangan mereka sendiri di seluruh daerah di Terengganu.

“Saya mahu orang terus fikirkan Anjung Impian, setiap kali mereka mahu membina rumah. InsyaAllah, selesai masalah.” – Hasni Ahmad

Jom daftar ke program 10X SME Bina Bisnes Berjaya di Melaka sekarang!

Dah tak sabar nak jadi Jutawan? Jom join program ni SEKARANG!

Nak overcome segala masalah dan krisis perniagaan yang dihadapi? Nak cari dan belajar strategi yang betul dalam pemasaran? Cepat buat permohonan untuk menyertai program ini harini jugak. Jawapan yang dicari mungkin ada di sini.

Apa tunggu lagi guyss? Layari laman sesawang INI untuk memohon, PERCUMA je tau. Mana tahu nasib korang juga berubah macam Hasni Ahmad.

SKIP THIS AD ×