berita

Sesuai Dimakan Pada Bila-Bila Masa, Ini Resepi Kuih Bakul Kenyal & Kental Paling Enak

February 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
MyResipi

Nian gao atau lebih dikenali sebagai kuih bakul merupakan sejenis hidangan kaum Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum dibentukkan seakan seperti dodol. Meskipun kuih ini boleh dinikmati pada bila-bila masa, pasti ada dalam kalangan korang yang teringin mencuba resepi ini. Betul tak?

Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) seorang individu berkongsi cara membuat kuih bakul yang mudah dan sedap. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Tepung pulut (500gm) – sebungkus
  • Gula pasir (190gm)
  • Gula merah
  • Air (500ml)
  • Santan (200ml)
  • Daun pisang (beberapa helai)

Cara-caranya

1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.

2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang. Pastikan ia melebihi bahagian atas tin supaya senang mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).

6. Didihkan air dan kecilkan api.

7. Tuangkan adunan ke dalam tin dan kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.

Dah siap!

Tips: Penutup kukus perlu dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin, kain kasa atau pembalut aluminium supaya wap air tidak meniti ke atas kuih.

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×