berita

Set Bench Mark Baharu Bagi Pengeluar Telefon Pintar Dunia, Samsung Galaxy S22 Series Cetus Kelainan!

March 8th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Kembali dengan peranti mudah alih terbaru iaitu Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S22+ dan Samsung Galaxy S22 Ultra, Samsung mengakui ini ailah peranti mudah ahli premium dan terbaik yang pernah mereka hasilkan.

Nak tahu dengan lebih detail spesifikasi dan kemampuan ketiga-tiga peranti baru ini? Jom kita rungkainya bersama-sama. So, keep scrolling, okay?

Samsung Galaxy S22 Ultra Peranti mudah alih wajib milik 2022!

Kredit: The Verge

Samsung Galaxy S22 Ultra merupakan telefon pintar yang direka hasil inovasi yang menggabungkan legasi daripada dua siri peranti pintar Samsung iaitu siri Galaxy Note dan siri Galaxy S. Menampilkan ciri-ciri seperti S Pen terbina, keupayaan Nightography dan video termaju buat masa ini.

Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy S22 Ultra juga memiliki jangka hayat bateri yang panjang dan mampu bertahan lebih daripada sehari, inilah peranti rekaan Samsung yang betul-betul Ultra.

Kredit: XDA Developers

Walaupun begitu, Samsung Galaxy S22 dan S22+ tak kurang hebatnya. Saiznya yang lebih kompak dengan kemampuan kamera serta perisian yang telah ditambah baik, peranti mudah alih diluar sana bukanlah saingan mereka.

Dilengkapi kamera tercanggih!

Galaxy S22 dan S22+ kedua-duanya mempunyai sensor kamera utama gabungan 50MP (utama), 10MP (telefoto) dan 12MP (ultra-lebar) untuk membolehkan gambar yang diambil berada pada kualiti terbaik walaupun ketika berada dikawasan yang gelap dengan jumlah pencahayaan yang minima.

Selain itu, ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang melibatkan penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+ bersama teknologi Adaptive Pixel membolehkan video dan gambar yang dirakamkan atau diambil terlihat sharp dan jelas. Macam tengok yang real.

Lebih menarik lagi, Samsung Galaxy S22 dan S22+ turut menawarkan fungsi auto framing bagi memastikan kualiti video yang dihasilkan lebih baik. Bayangkanlah fungsi auto framing ini boleh memuatkan sehingga 10 orang dalam satu -satu rakaman video.

Disamping itu, kedua-dua peranti ini juga disokong teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilisation) yang mengurangkan gegaran ketika kamera digunakan.

Kredit: TechRadar

Namun begitu, bagi korang yang bercadang nak libatkan diri secara profesional dalam bidang photography, better korang grab terus Samsung Galaxy S22 Ultra.

Hal ini kerana, Samsung Galaxy S22 Ultra ada sistem AR di dalamnya untuk membolehkan gambar yang diambil cantik walaupun menggunakan mod automatik. Jadi tak perlu dah korang nak beli kamera secara berasingan.

Korang kena tahu, Samsung Galaxy S22 Ultra juga dilengkapi dengan sensor kamera berukuran 2.4um; sensor ini bukan sahaja merupakan yang terbesar pernah terbina dalam peranti Samsung.

Dipadankan pula dengan lensa Super Clear Glass S22 Ultra, hasil rakaman video dijamin lebih cerah, jelas dan kaya dengan butiran halus tanpa ada silauan dan gangguan cahaya.

Bayangkanlah kemampuan Space Zoom adalah sehingga 100X kali ganda dan format imej yang ditawarkan adalah dalam format RAW sehingga ke 16bit. Lepastu, korang siap dapat akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW yang penuh dengan pelbagai alatan penyuntingan. Best kan?

Paparan menakjubkan!

Kredit: The Shortcut

Hadir dengan saiz skrin yang berbeza iaitu 6.1 inci (Galaxy S22), 6.6 inci (Galaxy S22+) dan 6.8 inci (Galaxy S22 Ultra) namun, kemampuan ketiga-tiga peranti ini tidak jauh bezanya,

Disokong oleh pemproses 4nm dibina khusus untuk telefon pintar Galaxy, pemproses ini meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan penstriman dan produktiviti korang.

Kredit: NotebookCheck

Sekarang dah tak jadi masalah kalau korang nak layan video sebab paparan yang diberikan bukan biasa-biasa. Tak kisahlah time bila pun korang layan movie atau video online dengan adanya AMOLED 2X dan Vision Booster pintar, kecerahan dan kontras warna untuk video tersebut secara automatik akan diselarikan dengan suasana sekeliling.

Kecerahan puncak boleh mencapai 1750 units untuk Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra manakala, 1300 units untuk Samsung Galaxy S22 .

Bukan itu je, bateri telefon bagi siri Samsung Galaxy ini juga tahan lebih lama iaitu melebihi sehari bagi siri Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Kemampuan pengecasan sehingga 45w yang ditawarkan bagi kedua-dua model ini juga mempercepatkan lagi proses pengecasan. Jadi dah tak perlu tunggu berjam-jam lamanya untuk penuhkan bateri telefon.

Rekaan menarik!

Kredit: Samsung Newsroom

Galaxy S22 dan S22+ menampilkan reka bentuk Contour-Cut yang ikonik dan ini sedikit berbeza dengan Samsung Galaxy S22 Ultra yang hadir dengan reka bentuk anggun Samsung Galaxy Note. Kemasan ‘haze finishing’  pada skrin paparan siri Samsung Galaxy S22 menyerlahkan lagi unsur mewah peranti moden ini.

Kredit: TechJaja

Armor Aluminium dengan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ baharu telah digunakan bagi menghasilkan body  hadapan dan belakang, Galaxy S22 dan S22+. Memang tahan lasak giler dua-dua peranti ni, tapi itu tak bermakna Samsung Galaxy S22 Ultra kalah.

Bab security korang jangan risau erk, sebab Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitif korang macam kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain dengan menggunakan satu sistem khusus.

Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan korang mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera korang hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI.

Tambahan pula,siri Galaxy S22 ada ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke terhadap sistem pengendalian dan memori peranti ini.

Berikut ialah warna-warna yang tersedia untuk Samsung Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Samsung Galaxy S22 dan S22+:

Phantom Black

Phantom White

Green

Pink Gold

Samsung Galaxy S22 Ultra:

Phantom Black

Phantom White

Green

Burgundy

Master of the Galaxy rungkai kemampuan Samsung S22 Ultra!

Kalau korang still blur-blur dengan perkongsian diatas dan korang rasa korang nak lihat sendiri kemampuan Samsung Galaxy S22 Ultra, why not korang tengok je program Master in the House, rancangan TV3 yang ditayangkan pada setiap hari sabtu jam 10 malam tu.

Nanti diorang ada buat satu episod khas Master of the Galaxy dimana diorang akan kongsi the best way nak guna telefon pintar Samsung Galaxy S22 Ultra.

Lepas tonton rancangan tu korang rasa berminat atau nak tahu lebih lanjut mengenai siri peranti Samsung Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra, korang boleh terus berkunjung ke outlet-outlet Samsung yang berdekatan dengan korang. Beli online pun boleh. Link ada dibawah.

Beli Samsung Galaxy S22 /Samsung Galaxy S22+ di SINI

Beli Samsung Galaxy S22 Ultra di SINI

SKIP THIS AD ×