
Personaliti media sosial dan YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa.
Ria Ricis temui pengganti?

Spekulasi tersebut tercetus selepas Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita, memuat naik satu hantaran di TikTok yang menunjukkan dirinya mengikuti trend video detik perkenalan bersama seseorang yang istimewa.
Dalam video tersebut, Ricis berkongsi perbualan pertama antara dirinya dan seorang jejaka bernama Evan, yang difahamkan merupakan seorang pemuzik.
Bukan itu sahaja, Ricis turut memuat naik foto mesra bersama Evan, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai status sebenar hubungan mereka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif dan mendoakan kebahagiaan buat Ricis.
Mereka berharap agar Ria dipertemukan dengan pasangan yang mampu membimbing dan menjadi ketua keluarga untuk dirinya dan anak, Moana.
Sebelum ini, hubungan Ria dan Evan dikatakan semakin akrab selepas pertemuan mereka di sebuah konsert di Jakarta pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Ria enggan mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut sebaliknya memberitahu bahawa mereka masih di fasa berkenalan.
Untuk rekod Ricis pernah mendirikan rumah tangga dengan Teuku Ryan pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.
Namun, pasangan itu sah bercerai pada Mei tahun lalu, 2024.
Sumber: TikTok








