berita

‘Setelah Semua Luka & Pahit Yang Kita Tempuh Bersama’- Selamat Bertunang, Ini Ucapan Shila Amzah

November 4th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selepas beberapa siri percintaan, akhirnya Shila Amzah selamat bertunang dengan jejaka bernama Haris. Ramai yang tidak tahu berita gembira ini sehingga lah kebanyakannya terjumpa foto Shila memakai pakaian yang sangat cantik di Instagram.

Shila juga baru berkongsi berita gembira di sosial media pada hari ini. Shila berkata walaupun dia baru tiga bulan berkenalan dengan Haris, dia sangat bersyukur kerana Haris telah berjaya membuatkan Shila wanita paling gembira dan bertuah. Jom baca luahan Shila ini.

‘Dia cinta hati saya & saya mahu hidup bersamanya sampai bila-bila..’

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Sha dah selamat jadi tunangan org ?
Maaf kerana tidak memberitahu berita pertunangan ini kepada semua, ia kerana saya ingin mengadakan majlis secara normal untuk tunang saya (Adakah ini bukan sekadar mimpi? hahaha) Haris Idraki bin Elias.
Mak and abah, terima kasih sebab terima Haris dalam Hidup sha, Sha tahu amat susah untuk lepaskan sha, tapi setelah semua luka dan pahit yang kita tempuh bersama dimasa lalu, dia telah datang dalam hidup sha sejak 3 bulan lepas dan membuatkan sha wanita paling gembira dalam dunia, tetapi ia tidak akan terjadi tanpa restu mak dan abah, terima kasih mak @mamazie68 @ndlala abah, I love you ?

Untuk ibu bapa mertua saya,
Saya ingin mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana membesarkan Haris seperti lelaki yang baik, terima kasih kerana mendidik Haris untuk jadi lelaki yang bertanggungjawab untuk orang lain serta mencintai Allah.
Terima masih kerana menerima saya. Dia sememangnya cinta hati saya dan lelaki yang saya ingin hidup bersama selamanya.
Terima kasih kerana menjadi ibu bapa terhebat kepada @hariselias
?

Sumber: Instagram Shahila Amzah

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×