Di Twitter, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang ahli politik yang didakwa sengaja membuat cerita sensasi untuk mencuri perhatian ramai.
Dia cakap pasal siapa?
Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala galanya. Ini cakap main sembuh badut Mc Donald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician.
Menerusi tweet yang dimuat naik, Tunku Ismail dipercayai menyatakan perasaan tersebut terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi. Hal ini berikutan daripada sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Sanusi baru-baru ini. Meskipun tidak menyatakan nama, Tunku Ismail mahu ahli politik tersebut tampil dan menceritakan semua perkara serta mengeluarkan bukti yang ada.
Jangan bagi saya cerita semua
Sebelum ini, Sanusi mendedahkan kepada umum bahawa dia mengetahui perangai sebenar ‘individu’ tersebut yang suka memberi arahan. Dakwa Sanusi lagi, bonus juga akan diberikan oleh individu terbabit kepada mana-mana pasukan bola sepak yang berjaya menewaskan pasukan Kedah.
Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan, rata-rata netizen mendakwa Sanusi bercakap mengenai Tunku Ismail.
Sumber: Tunku Ismail