berita

Setiap Pembelian Adalah Sumbangan Berharga! Jom Sertai Vaseline Bantu Mereka Yang Memerlukan!

November 2nd, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Kredit: HOPE worldwide Malaysia

Dimulakan pada tahun 2017, Vaseline Healing Project merupakan inisiatif  murni yang telah diambil oleh pihak Vaseline bagi membantu mereka yang kesusahan.

Sejak projek ini dilaksanakan ianya sudah membantu lebih 2.5 juta insan yang memerlukan di lebih 61 buah negara dengan membekalkan sumbangan makanan, barangan keperluan, perkhidmatan rawatan dan juga latihan kendiri.

Hulurkan tangan, ringankan beban… Join Vaseline untuk bantu mereka yang memerlukan!

Baru-baru ini Vaseline Malaysia dengan kerjasama yayasan HOPE worldwide Malaysia dan Guardian Malaysia telah melaksanakan kempen Vaseline Healing Project bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Apa yang menariknya, melalui kempen ini korang boleh turut serta memberikan sumbangan dengan membuat pembelian  produk Vaseline di Guardian Malaysia. Melalui pembelian korang, Vaseline akan menyumbangkan 1 jar Vaseline Petroleum Jelly kepada HOPE worldwide Malaysia dan jumlah anggaran bantuan yang diberikan dianggarkan sekitar RM 30,000.

Korang tahu tak Vaseline merupakan rawatan alternatif Untuk pelbagai masalah?

Memiliki pelbagai kegunaan, ini beberapa kelebihan dan cara terbaik menggunakan Vaseline Petroleum Jelly untuk mendapatkan hasil yang optimum.

1. Gunakan Vaseline sebagai  hair mask!

Ramai yang tak tahu, bahawa selain boleh digunakan di kulit, bibir dan tumit kaki, Vaseline juga sebenarnya boleh digunakan sebagai hair mask terutama sekali lepas korang buat rawatan rambut di salon. Hal ini kerana, Vaseline akan membantu melembapkan rambut sekaligus, mengelakkan masalah rambut kering dan hujung rambut pecah.

2. Skrub bibir agar ia lebih berseri dengan Vaseline!

Antara rutin kecantikan yang korang boleh amalkan untuk rawat bibir korang termasuklah memakai Vaseline  Petroleum Jelly sebelum tidur. Lebih baik lagi kalau korang skrub dulu bibir korang untuk buang kulit kering yang terdapat pada bibir.

Mudah je nak skrub bibir ni, hanya tambah gula pada Vaseline dan gosok pada bibir. Lepas tu jangan lupa bersihkan dengan tisu dan apply semula Vaseline sebagai pelembap bibir. Confirm, esok korang bangun bibir akan jadi lebih plump, moist dan lembut. Selamat tinggal bibir kering.

3. Kulit wajah lebih anjal dan lembut!

Min yakin ramai dikalangan korang yang takut-takut nak guna Vaseline Petroleum Jelly pada kulit wajah, betul tak? Kalau boleh buang jauh-jauh mindset tersebut sebab Vaseline Petroleum Jelly sangat baik untuk merawat masalah kulit kering. Sapukan secara tipis Vaseline Petroleum jelly ke wajah korang  selepas korang buat rutin penjagaan wajah pada malam hari.

Nanti Petroleum Jelly tersebut akan create satu lapisan untuk seal kulit korang dan bantu produk penjagaan wajah yang digunakan menyerap dengan lebih berkesan dan kandungan air pada kulit juga akan lebih lambat teroksidasi ke udara. Lapisan ini jugalah yang akan jadi barrier untuk menghalang direct contact kotoran seperti habuk dan partikel asap.

Kalau korang nak tahu rangkaian Vaseline Petroleum Jelly telah dibuktikan berkesan merawat masalah kulit dan bibir melalui ujian klinikal. 100% approved by dermatogist la katakan.

Losyen Vaseline pun boleh tahan, Ini pilihan penulis!

Disamping Vaseline Petroleum Jelly, Vaseline juga memiliki rangkaian losyen badan yang best-best. Korang boleh pilih ikut keperluan kulit korang. Ada banyak pilihan antaranya losyen badan Vaseline Expert Care Extremely Dry Skin Rescue dan banyak lagi sebenarnya.

Bagi korang yang ada masalah kulit kering yang teruk tapi perlukan kelegaan segera Vaseline Expert Care Extremely Dry Skin Rescue, memang sesuai untuk korang. Kesan penggunaannya boleh dilihat selepas dua jam penggunaan dan keputusan ini adalah hasil ujikaji lab tau.

Kemampuannya untuk membekalkan kelembapan pada kulit memang power habis. Plus, sapuan losyen tadi akan jadi satu lapisan yang membantu melindungi kulit daripada cepat kering dan beriritasi. Hasilnya, kulit akan jadi lebih lembut, bersinar dan anjal.

Belanja & Menang!

Bukan itu je, sekarang Vaseline juga ada peraduan dimana korang boleh menang set eksklusif produk mereka. Cara penyertaan mudah sangat. Mana tahu korang pemenang yang diorang cari! Berikut ialah langkah penyertaan.

1. Beli mana-mana produk Vaseline di cawangan Guardian Malaysia.

2. Kongsi gambar korang menggunakan Vaseline, resit pembelian dan jangan lupa cerita mengapa korang suka gunakan produk Vaseline ke WhatsApp 011-31470531.

3. 50 perkongsian yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.

** Peraduan sah bermula 28 Oktober hingga 30 November.

Untung beli produk Vaseline, bukan je dapat beramal, korang siap boleh menang hadiah lagi.

Jom dapatkan produk Vaseline di mana-mana cawangan Guardian sekarang. Selain dapat menjaga dan memelihara kesihatan kulit, bibir dan rambut melalui pembelian produk Vaseline, kita dapat bersama-sama membantu insan-insan yang memerlukan.

Klik SINI untuk pembelian.

SKIP THIS AD ×