berita

‘Setiap Setengah Jam Polis Datang’ – Peserta All Together Now Malaysia Jawab Dakwaan Tak Ikut SOP

June 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, program hiburan ‘All Together Now Malaysia’ yang menghimpunkan seramai 50 selebriti tempatan sebagai juri di program tersebut terpaksa diberhentikan buat sementara waktu atas sebab dakwaan berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Artikel berkaitan: Bakal Disiasat, All Together Now Malaysia Dihentikan Sementara

Artikel berkaitan: Isu 50 Selebriti Di Program Hiburan, Majlis Keselamatan Negara Arah Siasatan Dilakukan

Di Facebook, seorang peserta ‘All Together Now Malaysia’ episod pertama iaitu Ezwan Hafizi Mazlan tampil memberi pencerahan berhubung dakwaan netizen mengenai program tersebut.

Program rakaman

Assalammulaikum semua. Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang program ATNM minggu lepas dan di sini saya nak bagi pencerahan sikit kepada semua berkenaan program tersebut. Kami peserta dan juri telah melakukan swab test seminggu sebelum tarikh rakaman program tersebut. Bukan sekali ya tapi dua kali. Semua bising sebab tak pakai mask baik juri ataupun peserta.

Menurut Ezwan, program tersebut merupakan program rakaman dan ianya dilangsungkan pada tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pada bulan Februari yang lepas dan bukannya PKPB atau PKPD. Tambahnya lagi, ketika itu semua rakyat Malaysia bebas pergi ke mana sahaja kecuali rentas negeri dan ke kawasan yang PKPB dan PKPD. Ujar Ezwan lagi, masjid dan surau juga dibenarkan beroperasi dengan SOP. Oleh itu, tiada istilah program boleh berlangsung tapi masjid tutup ujarnya.

Ada juga yang cakap mungkin COVID cuti kot waktu PKPP dan ada yang cakap mungkin COVID tak datang waktu buat persembahan. Haihhh. Tak apa di sini saya nak minta anda semua buka fikiran anda. Ianya sama seperti anda makan di luar semasa (PKPP) tak perlu pakai “MASK” anda bersukan futsal, bola padang and so on semasa (PKPP) tak perlu pakai “MASK”, Even anda berjogging di luar dan bawa anjing jalan-jalan sambil jogging pun tak perlu pakai “MASK”, kenapa nak dibandingkan bila datang time menyanyi kene pakai MASK?

Kami tahu anda semua bagus

Ada yang cakap lagi berkenaan artis tu tidur dekat situ ke, tak balik rumah ke? Tak pergi mana-mana ke? Tak jumpa orang ke? Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, buka minda bila nak mengajukan soalan. Semua soalan ini berbalik kepada yang di atas. Kenapa tiba-tiba when it comes to this program semua tak boleh. Sampai ada yang menglabelkan kami “dah macam yahudi” “orang yang tak ingat mati” “terkinja-kinja”. Tak apalah kami tahu anda semua bagus dan baik di sisi Allah swt.

Di samping itu, Ezwan meluahkan rasa kesal apabila segelintir masyarakat terlalu menghina kesemua peserta mahupun juri yang terlibat dalam program tersebut. Jelasnya, sebagai manusia mereka tahu untuk seimbangkan dunia dan akhirat. Bahkan, mereka tidak lupa untuk menunaikan apa yang dituntut oleh-Nya. Ezwan meminta netizen untuk siasat terlebih dahulu sebelum muat naik sesuatu kenyataan mahupun komen di media sosial.

Pihak Astro pun tak lah Jahil sangat nak buat rakaman LIVE ketika lockdown. Bukak mata dan hati ya kawan-kawan. Saya bukan backup Astro atau apa-apa, saya bercakap kerana saya salah seorang peserta rancangan tersebut. Saya yang mengalami apa yang dialami oleh semua peserta di dalam tu. Dijaga dan dikawal rapi oleh pihak produksi. Setiap setengah jam pihak polis datang buat pantauan. Terasa macam dalam penjara pula. Akhir kata, kita semua mengalami nasib yang sama, kita semua terkena “effect” dari pandemik ini. Just jagalah diri anda semua dan keluarga anda kerana itu lebih penting.

Sumber: Ezwan Hafizi Mazlan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×